Page 12 - Focus SPM 2021 Biologi
P. 12

Biologi  Bab 3  Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
                             Jadual 3.1 Perbandingan antara pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif
                                                    Persamaan
            •  Kedua-dua proses berlaku di sel hidup.
            •  Kedua-dua proses adalah penting untuk membekalkan nutrien, oksigen, air, dan molekul keperluan lain ke dalam sel
              beserta penyingkiran bahan kumuh.
                                                    Perbezaan
                   Pengangkutan pasif                 Aspek                   Pengangkutan aktif

            Bergerak menuruni kecerunan kepekatan  Kecerunan kepekatan  Bergerak melawan kecerunan kepekatan
            Bergerak melalui protein liang atau protein   Laluan yang digunakan  Bergerak melalui protein pembawa sahaja
            pembawa untuk resapan berbantu                                                   Tingkatan   Tingkatan
            Bergerak dalam kedua-dua arah     Arah pergerakan molekul  Bergerak dalam satu arah merentasi
            merentasi membran plasma                                  membran plasma                    4
                                                                      Proses ini tidak mencapai keseimbangan
            Berlaku sehingga keseimbangan dinamik   Keseimbangan dinamik  tetapi mengakibatkan pengumpulan
            tercapai                                                  bahan dalam sel atau penyingkiran bahan
                                                                      daripada sel
            Tidak memerlukan tenaga atau ATP     Keperluan tenaga     Memerlukan tenaga atau ATP
            Tidak dijejas oleh perencat        Dijejaskan oleh perencat  Direncat oleh perencat
            Tidak dijejas oleh aras kandungan oksigen  Dijejaskan oleh aras   Dikurangkan oleh aras kandungan
                                                kandungan oksigen     oksigen yang rendah

                Cuba Ini!                                                                    3.2

            1.  Apakah yang dimaksudkan dengan osmosis?
            2.  Bagaimanakah molekul-molekul yang berikut dapat merentas membran plasma?
               (a)  Asid nukleik
               (b)  Ion sodium
               (c)  Gliserol
            3.  Nyatakan perbezaan antara pengangkutan pasif dengan pengangkutan aktif dari segi:
               (a)  Penggunaan tenaga
               (b)  Pergerakan bahan merentas kecerunan kepekatan
            4.  Huraikan pergerakan ion kalium merentas membran plasma melalui pengangkutan aktif.



            3.3   Pergerakan Bahan Merentasi                                      Partikel
                  Membran Plasma dalam Organisma
                                                                   Sitoplasma     tanah
           Pergerakan Bahan Merentasi Membran                           Vakuol
           Plasma dalam Organisma
             1.  Penyerapan  Air oleh  Sel Rambut  Akar
               Tumbuhan                                        Sel                         Air
               (a)  Penyerapan air oleh sel rambut akar        rambut  Kepekatan molekul  air rendah  masuk
                  tumbuhan adalah secara osmosis.              akar    Kepekatan molekul air tinggi
               (b)  Sap sel rambut akar tinggi dengan
                  kehadiran  ion mineral  berbanding  air
                  tanah.                                                          Membran
               (c)  Oleh itu, air dari tanah meresap masuk ke              Dinding  sel
                                                                           sel
                  dalam rambut akar mengikut kecerunan
                  kepekatan.                               Rajah 3.9 Penyerapan air oleh sel rambut akar tumbuhan


                                                                                                37
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17