Page 12 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 12

Bahasa Melayu Penggal 2  STPM  Bab 2 Sintaksis
              Kata Penguat                                                               2014/S17
              Kata penguat hadir di hadapan, di belakang, atau bebas, iaitu kedua-dua    2012/S52
              bahagian kata adjektif. Contoh:
                   Kata Penguat         Kata Penguat          Kata Penguat
                     Hadapan              Belakang               Bebas
          BAB  •  paling cantik      •  panas benar       •  sungguh cantik/
         2     •  amat luas          •  luas sekali         cantik sungguh
               •  sangat maju        •  cantik nian       •  amat luas/ luas
                                                            amat

              Kata Bantu
              Dalam binaan frasa adjektif juga disertai oleh kata bantu sama ada sebelum
              atau sesudah kata penguat. Contoh:

                 Kata Bantu/Kata       Kata Bantu /Kata       Kata Adjektif
                     Penguat               Penguat
                        –                   sudah                 besar
                      masih                 terlalu               awal
                       tentu                telah                pandai

              Kedudukan Frasa Adjektif dalam Ayat
                1  Frasa adjektif hadir dalam tiga kedudukan, iaitu:
                   (a)  Sebagai predikat berdasarkan pola frasa nama + frasa adjektif
                       (FN + FA).
                       Contoh:
                       (i)  Rumahnya besar.
                       (ii)  Zainab sungguh cantik.
                   (b)  Sebagai unsur keterangan yang hadir selepas kata kerja dalam
                       predikat ayat.
                       Contoh:
                       (i)  Ramli berjalan lambat sekali.
                       (ii)  Ayah makan sangat banyak.
                   (c)  Sebagai penerang frasa nama. (dalam subjek atau predikat
                       ayat)
                       Contoh:
                       (i)   Pondok usang itu akan dirobohkan.
                       (ii)  Azmi telah membeli kereta mewah itu.
                2  Frasa adjektif boleh disertai unsur keterangan yang hadir selepas kata
                   adjektif. Terdapat beberapa jenis keterangan, iaitu:

                   Keterangan                        Contoh
               Cara                •  Tubuhnya lemah dengan tiba-tiba.
               Waktu               •  Dia berasa amat sedih pada malam itu.
               Tempat atau arah    •  Bentuknya bujur di bahagian atas.
               Tujuan atau harapan  •  Dia berusaha gigih  untuk berjaya dalam
                                      peperiksaan.
               kekerapan           •  Dia selalu lewat ke sekolah.


               54






         02 BM T2.indd   54                                                                             10/19/18   4:30 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15