Page 8 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 8
Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Bab 2 Sintaksis
Jenis Inti Penerang
Inti + Penerang nama gelaran Haji Abu Bakar
(penerang di hadapan) Sang Kancil
Inti + Penerang perihal musim bunga
BAB istiadat perasmian
2 (ii) Inti + Penerang bukan nama
Penerang bukan nama dalam binaan ini ialah:
Jenis Inti Penerang
Inti + Penerang kata kerja bilik mandi
buku tulis
Inti + Penerang kata adjektif rumah usang
bangunan baru
Inti + Penerang frasa sendi nama hadiah kepada adik
ketenangan di desa
Inti + Penerang bilangan ordinal anak kedua
tempat ketiga
4 Kedudukan frasa nama dalam ayat terdapat dalam tiga tempat, iaitu:
(a) Sebagai subjek ayat. Contoh:
(i) Salmah sedang membasuh baju.
(ii) Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak.
(b) Sebagai predikat ayat. Contoh:
(i) Anis seorang doktor.
(ii) Mereka ialah anak Mak Bedah.
(c) Sebagai unsur dalam frasa sendi nama. Contoh:
(i) Keadaan di kawasan itu sungguh aman. (dalam subjek)
(ii) Datuk Ahmad tinggal di rumah besar itu. (dalam predikat)
Hukum DM 2013/S13
1 Dalam sistem tatabahasa Melayu, susunan unsur-unsur frasa 2012/S53
nama mestilah mematuhi hukum DM. Hukum DM ialah hukum
diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam hukum tersebut
yang diterangkan mesti hadir pada kedudukan pertama, manakala
yang menerangkan pada kedudukan yang kedua. Contohnya,
Klinik Suria, Restoran Pak Ali, Puan Pengetua, sos cili, bas mini, dan
sebagainya.
2 Namun begitu, terdapat juga beberapa kekecualian dalam hukum
DM ini terutamanya nama-nama jawatan kerana kata-kata tersebut
telah lazim digunakan. Contohnya, perdana menteri (sepatutnya
menteri perdana), ibu pejabat (sepatutnya pejabat ibu), naib presiden
(sepatutnya presiden naib).
50
02 BM T2.indd 50 10/19/18 4:30 PM

