Page 11 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 11
Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Bab 2 Sintaksis
2 Dalam frasa kerja transitif, unsur ini hadir selepas objek, manakala
dalam frasa kerja tak transitif, unsur ini hadir selepas kata kerja.
Unsur-unsur tersebut ialah:
Keterangan Contoh
Cara • bergerak dengan pantas
• mengalir deras BAB
Waktu • bertolak dalam waktu terdekat 2
• menyiapkan projek itu dalam waktu terdekat
Tempat atau arah • tiba dari Mesir
• berlari di padang
Tujuan atau harapan • membina rumah itu untuk anak yatim
• mencari rezeki demi anak dan isteri
Alat • memotong daging dengan pisau
• membasuh baju dengan berus
Bagai/Perbandingan • berlakon seperti seorang puteri
• bercakap seperti mulut murai
Hal • berbincang tentang isu itu
• membuat teguran tentang disiplin para pelajar
penyertaan • bermain dengan abangnya
• melancong dengan keluarganya
Frasa Adjektif
2016/S15 & S16
1 Frasa adjektif merupakan binaan satu atau beberapa patah perkataan
2013/S34
yang mengandungi kata adjektif. Frasa ini berfungsi sebagai predikat
dan sebagai unsur keterangan predikat.
2 Binaan frasa adjektif dapat dilihat berdasarkan tiga aspek, iaitu
binaan kata, kata penguat, dan kata bantu.
Binaan Kata
2016/S19
Binaan kata terdiri daripada:
(a) Binaan satu perkataan. Binaan ini terdiri daripada hanya satu
perkataan adjektif seperti pandai, cantik, dan rajin.
(b) Binaan dua perkataan. Kata adjektif jenis ini terdiri daripada dua
jenis, iaitu:
Kata Adjektif + Kata Adjektif Kata Adjektif + Kata Nama
2014/S15
Unsur keserasian Makna Unsur keserupaan
2013/S16
• kurus kering • kuning telur
• sopan santun • merah hati
Unsur berlawanan makna Unsur kiasan
• kecil besar • kecil hati
2014/S16
• miskin kaya • berat tulang
Unsur keindahan bunyi rima
• lemah gemalai
• kusut masai
53
02 BM T2.indd 53 10/19/18 4:30 PM

