Page 10 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 10
Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Bab 2 Sintaksis
Frasa Kerja Tanpa Objek (Frasa Kerja Tak Transitif) 2016/S20
1 Frasa kerja ini merupakan frasa kerja yang tidak memerlukan objek 2014/S14
atau penyambut. Frasa kerja tanpa objek tidak boleh dipasifkan
dalam ayat pasif.
2 Kata kerja tak transitif yang membina frasa kerja ini terbahagi kepada
BAB tiga, iaitu:
(a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
2 Contoh:
Adik menangis.
(b) Kata kerja transitif dengan pelengkap.
Contoh:
Dia beransur baik. (baik ialah pelengkap)
(c) Kata kerja transitif dengan kata nama sebagai penerang.
Contoh:
Faridah belajar bahasa Jerman.
Dalam contoh di atas, kata bahasa Jerman bukan pelengkap
tetapi penerang. Kata tersebut boleh digugurkan tanpa
merosakkan ayat.
3 Terdapat tiga unsur yang boleh menjadi pelengkap kepada kata kerja
tak transitif dengan pelengkap, iaitu:
(a) Kata nama
(i) Pengakap itu berpandukan peta.
(ii) Aminah hendak menjadi peguam.
(b) Kata sendi nama
(i) Dia tinggal di Kuala Lipis, Pahang.
(ii) Ayah akan singgah di Alor Setar sebelum pulang.
(c) Kata adjektif
(i) Keadaan datuk beransur pulih.
(ii) Dia menasihati pelajar itu supaya berbuat baik.
4 Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap, iaitu:
(a) Kata bantu + Kata kerja + Keterangan
(i) – ketawa –
(ii) sedang menangis di dalam buaian
(b) Kata bantu + Kata kerja + Penerang + Keterangan 2017/S21
(i) hendak belajar – –
(ii) sedang belajar bahasa Jepun di kolej itu 2013/S15
5 Binaan frasa kerja tak transitif dengan pelengkap, iaitu: 2018/S16
Kata bantu + Kata kerja + Pelengkap + Keterangan
(i) hendak menjadi guru – 2016/S21
(ii) akan tinggal di London selama dua tahun 2013/S18
Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
1 Unsur keterangan dalam frasa kerja berfungsi memberikan
keterangan lanjut tentang kata kerja tersebut. Unsur tersebut tidak
semestinya hadir dalam frasa kerja.
52
02 BM T2.indd 52 10/19/18 4:30 PM

