Page 9 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 9

Bahasa Melayu Penggal 2  STPM  Bab 2 Sintaksis
                                           Frasa Kerja

                                             1  Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau lebih patah perkataan
                                               dan wujud dalam predikat ayat.
                                             2  Frasa kerja terbahagi kepada  dua jenis, iaitu  frasa kerja dengan
                                               objek dan frasa kerja tanpa objek.
                                                                                                                BAB
                                           Frasa Kerja dengan Objek ( Frasa Kerja Transitif)
                                2014/S13                                                                       2
                                             1  Frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja transitif sebagai inti dan
                                2013/S44
                                               kata nama sebagai objeknya.
                                             2  Frasa kerja ini boleh dipasifkan dalam ayat pasif. Frasa ini terbahagi
                                               kepada dua, iaitu:
                                               (a)  Frasa kerja dengan satu objek. Frasa kerja ini hanya diikuti oleh
                                                   satu objek, kata nama. Contoh:
                                                   •  Kami akan membeli lukisan itu. (lukisan ialah objek)
                                               (b)  Frasa kerja dengan dua objek. Frasa kerja ini mengandungi dua
                                2018/S23
                                                   objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.
                                                   (i)   Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara
                                                       langsung selepas kata kerja, manakala sipi ialah objek yang
                                                       tidak menjadi penyambut secara langsung. Contoh:

                                                          Frasa                   Frasa Kerja
                                                          Nama
                Fungsi imbuhan apitan                               Kata Kerja   Objek Tepat    Objek Sipi
                kata kerja meN-...-kan                  Ibu        menghadiahi kakak          rantai
                ialah menandakan lokatif
                manakala meN-...-i untuk                Ayah       memberi       ibu          wang
                menandakan kausatif. Bagi
                kata kerja tertentu, perbezaan     (ii)  Ayat tersebut boleh berubah susunannya kepada:
                penggunaannya dapat dilihat
                melalui jenis objek tepat yang         •  Ibu menghadiahkan rantai kepada kakak.
                mengikuti. Sekiranya objek             •  Ayah memberikan wang kepada ibu.
                yang bernyawa, menerima            (iii) Namun begitu, maknanya tidak berubah tetapi binaan ayat
                apitan meN-...-i manakala objek
                tidak bernyawa menerima                telah berubah. Tidak terdapat dua objek dalam ayat tersebut
                apitan meN-...-kan.                    tetapi hanya tinggal satu objek, iaitu rantai dan wang. Kata
                                                       yang mengikutinya telah berubah menjadi frasa sendi nama.
                                             3  Binaan frasa kerja satu objek atau transitif ialah:
                                2015/S25
                                               (a)  Kata bantu + Kata kerja transitif + Objek + Keterangan
                                                     telah         menghantar       surat   pagi tadi
                                               (b)  Kata bantu + Kata kerja transitif + Objek tepat + Objek sipi
                                                     sedang      menganugerahi       Hassan       pingat
                                               (c)  Kata bantu + Kata kerja transitif + Ayat komplemen
                                                     hendak       memberitahu      bahawa esok dia
                                                                                     akan pulang










                                                                                                        51






         02 BM T2.indd   51                                                                             10/19/18   4:30 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14