Page 13 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 13

Bahasa Melayu Penggal 2  STPM  Bab 2 Sintaksis

                                               Keterangan                         Contoh
                                           Bagai/Perbandingan   •  Pada majlis itu, Adibah sangat cantik  bagai
                                                                  puteri.
                                           Hal/keadaan          •  Azwan selalu sibuk dengan perniagaannya.
                                           Musabab              •  Pelajaran Aini lemah kerana kurang berusaha.  BAB
                                           Terhadap             •  Ayah amat rindu akan anaknya.
                                                                                                               2

                                           Frasa Sendi Nama
                            2016/S4 & S24
                                             1  Frasa sendi nama terbina daripada satu sendi nama dan satu frasa
                                2015/S12
                                               nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama tersebut.
                                2012/S47
                                             2  Dalam ayat, frasa sendi nama hadir di bahagian predikat atau sebagai
                                               unsur keterangan dalam frasa yang lain.
                                             3  Binaan frasa sendi nama ialah:
                                               (a)  Kata sendi nama + Frasa sendi nama
                                                   Contoh:
                                                   •  dari rumah
                                                   •  ke Jepun
                                                   •  dengan ayah kawannya
                                               (b)  Kata sendi nama + Kata arah + Frasa nama
                                                   Contoh:
                                                   •  dari belakang rumah
                                                   •  ke utara Indonesia
                                                   •  ke tengah laut
                                               (c)  Kata sendi nama + Kata arah + Frasa nama + Keterangan
                                                   Contoh:
                                                   •  ke selatan Indonesia untuk perlawanan badminton
                                                   •  malam ini
                                                   •  daripada kakaknya di Sabah

                                           Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
                                2013/S17
                                           Dalam binaan ayat, frasa sendi nama berfungsi sebagai:
                                           (a)  Predikat
                                               Contoh: •  Hadiah itu untuk ibu.
                                                      •  Pinggan mangkuk itu di atas meja.
                                           (b)  Unsur keterangan
                                               Contoh:
                                               (i)  Keterangan dalam frasa nama
                                                  Contoh:  •  Dia membeli buku itu di kedai Pak Abu.
                                                           •  Rumah di kawasan itu cantik-cantik.
                                               (ii)  Keterangan dalam frasa kerja
                                                  Contoh:  •  Pelajar-pelajar itu berbincang di dalam dewan.
                                                           •  Kakak sedang memasak di dapur.
                                               (iii) Keterangan dalam frasa adjektif
                                                  Contoh:  •  Humairah lulus dalam peperiksaannya.
                                                           •  Dia sangat gemar akan durian.



                                                                                                        55






         02 BM T2.indd   55                                                                             10/19/18   4:30 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15