Page 5 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 5
Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Bab 2 Sintaksis
2.1 Definisi Bidang Sintaksis
2.1 Defi nisi Bidang Sintaksis
Layari laman web 1 Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses
https:bit.ly/2Re8Yt9 pembinaan ayat.
untuk memperoleh maklumat
lanjut tentang bidang sintaksis 2 Hal ini termasuklah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa BAB
berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan
untuk membina sesuatu ayat. 2
Konsep Ayat
INFO
1 Ayat ialah unit pengucapan paling tinggi dan mempunyai makna
yang lengkap. Ayat terbentuk daripada satu atau susunan beberapa
perkataan yang bermakna. Contoh:
2017/S14
(a) Masuk.
2016/S14
(b) Tolong diam.
(c) Dia sedang memasak di dapur.
2 Ayat yang lengkap mengandungi dua unsur, iaitu subjek dan
2014/S11
predikat. Bahagian subjek ialah unsur yang diterangkan atau judul
ayat, manakala bahagian predikat ialah unsur yang menerangkan
atau cerita.
Subjek Predikat
Wardah sungguh cantik.
Pelajar itu adik Yassin.
Rosiah, kawan saya amat pemalu.
3 Ayat terdiri daripada ayat dasar atau ayat inti dan ayat terbitan.
Kedua-dua ayat ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis ayat
seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya, dan ayat gabungan.
4 Ayat dasar atau dikenal juga sebagai ayat inti ialah ayat yang menjadi
dasar atau sumber pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu
bahasa.
Contoh: Rosmah memasak nasi.
5 Ayat terbitan ialah ayat yang baharu terbit daripada ayat dasar yang
melalui beberapa proses seperti peluasan, penggantian, pengguguran,
2018/S13 atau penyusunan semula. Sebagai contoh daripada ayat di atas dapat
diterbitkan ayat-ayat yang berikut:
2017/S34 (B)
(a) Rosmah tidak memasak nasi. (proses peluasan kata nafi tidak)
2017/S14, S16, & S17
(b) Nasi dimasak oleh Rosmah. (proses penyusunan semula – ayat
aktif kepada ayat pasif)
2016/S22
(c) Rosmah memasak. (proses pengguguran frasa nasi)
2015/S1
Konsep Klausa
1 Klausa merupakan satu unit gabungan yang mengandungi subjek
dan predikat serta menjadi konstituen dalam ayat.
2 Klausa tidak mempunyai tanda baca yang lengkap atau intonasi
yang sempurna.
3 Klausa terdiri daripada dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
47
02 BM T2.indd 47 10/19/18 4:30 PM

