Page 6 - PRE-U STPM BM TERM 2
P. 6
Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Bab 2 Sintaksis
Konsep Frasa 2015/S1
1 Frasa terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang- 2013/S11
kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluas
menjadi dua perkataan atau lebih.
2 Frasa tidak mengandungi subjek atau predikat seperti klausa tetapi
BAB frasa boleh menjadi konstituen atau unsur dalam klausa. Frasa
2 menjadi subjek dan predikat dalam ayat.
Contoh:
(a) Pisang goreng. (satu frasa)
(b) Pisang goreng itu / panas. (dua frasa)
(subjek) (predikat)
2.2
dan
Binaan
2.2 Jenis dan Binaan Frasa
Jenis
Frasa
1 Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu atau lebih patah 2016/S18 & S33
perkataan yang berfungsi sebagai unsur dalam ayat. Frasa tidak dapat
dipecahkan kepada subjek dan predikat tetapi subjek dan predikat
terdiri daripada frasa.
2 Terdapat empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama.
3 Binaan frasa tersebut dapat dibahagikan kepada dua jenis atau sifat,
iaitu:
(a) Frasa endosentrik: Frasa yang mempunyai satu unsur inti yang 2018/S15
mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa ini terdiri daripada 2017/S15
frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
(b) Frasa eksosentrik: Frasa yang tidak mempunyai unsur inti 2016/S34
yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Kewujudan frasa ini 2015/S11
bergantung kepada unsur lain. Frasa ini ialah frasa sendi nama
yang mengandungi unsur wajib, iaitu kata nama atau frasa
nama.
Frasa Nama
2016/S17
1 Frasa nama terdiri daripada satu atau rentetan perkataan yang
terdiri daripada satu unsur dalam ayat. Kata nama merupakan inti,
manakala yang menerangkan inti disebut sebagai penerang.
2 Frasa nama boleh terdiri daripada kata inti yang didahului oleh 2015/S13
beberapa unsur lain seperti kata bilangan, penjodoh bilangan, dan
gelaran dan boleh juga diikuti oleh kata penentu dan penerang. Hal 2012/S45
ini dapat dilihat berdasarkan binaan di bawah ini.
(a) Kata bilangan + Kata nama inti
semua pelajar
(b) Kata bilangan + Penjodoh bilangan + Kata nama inti
beberapa orang guru
(c) Kata bilangan + Penjodoh bilangan + Gelaran + Kata nama inti
beberapa orang tuan guru
48
02 BM T2.indd 48 10/19/18 4:30 PM

