Page 11 - Hybrid PBD Sains TG3_Edisi Guru
P. 11

Cadangan PdPc
                1.  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan 4 orang ahli. Murid dalam kumpulan dilabel dengan nombor 1 hingga 4.
                2.  Murid akan dikumpulkan mengikut nombor masing-masing.
                3.  Setiap kumpulan memilih satu gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan:
                   • Fototropisme      • Hidrotropisme      • Geotropisme      • Tigmotropisme dan gerak balas nastik
                4.  Setiap kumpulan diminta untuk membincangkan:
                   • Bagaimana tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan       • Kepentingannya terhadap tumbesaran
                5.  Dalam kumpulan, murid perlu mencari, memahami dan membincangkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan.
                6.  Setelah selesai berbincang, murid kembali ke kumpulan utama untuk berkongsi maklumat yang diperolehi.
                7.  Sebagai kesimpulan, murid membuat peta i-Think bagi menunjukkan hubungan antara rangsangan dengan gerak balas tropisme.
                8.  Murid membuat aktiviti pada muka surat 12 hingga 16.

                 Panduan RPH
                                                                                           Soalan dan Tahap
                  Standard Kandungan (SK)              Standard Pembelajaran (SP)                            Halaman
                                                                                           Penguasaan (TP)
              1.4  Kepentingan gerak balas   1.4.1  Menjelaskan dengan contoh jenis penglihatan dan   S1  TP2
                  terhadap rangsangan dalam      pendengaran haiwan lain
                  haiwan lain                                                               S2       TP2
                                                                                                             17 ‒ 19
                   Buku Teks                                                                S3       TP2
                    m.s 36-40
                                                                                            S4       TP3

                                BBM                                PAK-21                          KBAT
                            Buku teks, LCD                  Pembentangan hasil sendiri  Mengaplikasi, Menganalisis, Menilai
                                EMK                                i-THINK                       Nilai Murni
                                TMK                        Peta buih berganda, Peta buih    Minat dan sifat ingin tahu
                 Cadangan PdPc
                1.  Guru memberi tugasan persembahan multimedia dengan tajuk yang berbeza kepada kumpulan, iaitu:
                   • Memerihalkan penglihatan stereoskopik dan kepentingannya kepada haiwan
                   • Memerihalkan penglihatan monokular dan kepentingannya kepada haiwan
                   • Memerihalkan pendengaran stereofonik dan kepentingannya kepada haiwan
                2.  Murid berbincang, mencari maklumat dan mempersembahkannya di dalam kelas. Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan
                  untuk membuat pembentangan.
                3.  Dengan menggunakan peta i-Think, murid membuat:
                   • Perbandingan antara penglihatan stereoskopik dan penglihatan monokular
                   • Mencirikan pendengaran stereofonik
                4.  Murid membuat aktiviti pada muka surat 17 hingga 19.






























                                                             EG 4
              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                                                                    BAB 1
              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.




         00 Hybrid SC Tg3_Pdpc (BM Ver).indd   4                                                                    8/3/21   9:06 AM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16