Page 53 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 53

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 5 Karangan Respons Terbuka
                Inspektor Safwan  :  Peningkatan kadar jenayah yang  membabitkan remaja disebabkan
                                  beberapa faktor. Antaranya ialah kurangnya pengawalan daripada ibu
                                  bapa kerana faktor sibuk bekerja. Selain itu, pengaruh rakan sebaya
                                  dan media massa turut menjadikan kadar jenayah ini meningkat.
                                  Malahan, kurangnya didikan agama yang seharusnya menjadi benteng
                                  keimanan para remaja menyebabkan mereka mudah terpengaruh untuk
                                  melakukan aktiviti jenayah.
                Zainal          :  Bagaimanakah pihak polis menangani masalah jenayah ini?
                Inspektor Safwan  :  Dalam usaha menangani kadar jenayah yang membabitkan remaja,
                                  kami menjalankan program pemulihan dan pendidikan. Seseorang
                                  penjenayah remaja kami pulihkan dengan menempatkan mereka di
                                  sekolah  pemulihan  akhlak.  Selain  itu,  kami  juga  telah  melancarkan
                                  Kempen Remaja Jauhi Jenayah. Kempen ini mengingatkan remaja agar
                                  menjauhi jenayah agar tidak membinasakan masa depan mereka.
                Zainal          :  Setakat ini, bagaimanakah pencapaian usaha yang dilakukan oleh pihak
                                  polis?
                Inspektor Safwan  :  Kami berbangga kerana setakat ini usaha kami telah menampakkan
                                  kejayaan.  Program-program  yang  kami  jalankan  telah  menyedarkan
                                  golongan remaja tentang bahaya penglibatan mereka dalam jenayah
                                  terhadap masa depan mereka sendiri, keluarga, bangsa, dan negara.
                Zainal          :  Akhir sekali, apakah pesanan tuan kepada golongan remaja?
                Inspektor Safwan  :  Saya menyeru golongan remaja agar jangan sekali-kali terlibat dengan
                                  aktiviti jenayah. Hal ini demikian kerana, jenayah merupakan satu
                                  dosa yang dapat menyebabkan ketagihan dan menghilangkan rasa
                                  kemanusiaan. Sekali remaja terlibat dalam jenayah, amat sukar untuk
                                  meloloskan diri. Oleh itu, jalan terbaik untuk menangani keadaan
                                  ini ialah  remaja mesti mempunyai jati diri yang kuat supaya tidak
                                  terpengaruh oleh jenayah.
                Zainal          :  Terima kasih atas kerjasama dan kata-kata nasihat yang tuan berikan.
                                  Semoga nasihat tuan menjadi pegangan remaja, terutama murid-murid
                                  di sekolah saya.
                                                              Sudut Kata
                Inspektor Safwan  :  Sama-sama
                                                                •  redaksi – seluruh pengarang
                                                                   sesuatu majalah
                                                                •  membabitkan – melibatkan
                                                                •  benteng – sesuatu yang
                                                                   digunakan untuk mempertahankan
                                                                   sesuatu









                                                     229




       Bab 5i K.Umum.indd   229                                                           15/03/2021   11:33 AM
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58