Page 30 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 30
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(i) bagai belut pulang ke lumpur
(ii) Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: bagai ikan pulang ke lubuk
(iii) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(iv) Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: air dicencang tidak akan putus
Praktis SPM 2
Bahagian B : Sistem dan Aplikasi Bahasa
[35 markah]
Soalan 1 – Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan, hikmat itu daripada penjurit
yang tahu patik peroleh.”
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing
dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling di istana itu. Maka dibubuhnya
suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu,
terlalu gemuruh bunyinya.
(Sumber: “Kepimpinan Melalui Teladan”,
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
[8 markah]
(i) banyak-banyak – “Jangan makan banyak-banyak, nanti kamu muntah,” kata ibu kepada adik.
(ii) radak-meradak – Dia radak-meradak keris itu pada musuhnya.
(iii) tetak-mentak – Kejadian tetak-menetak itu telah disaksikan penduduk kampung.
(iv) palu-memalu – Pasukan itu telah palu-memalu gendang dengan kuat untuk dinobatkan sebagai
pemenang.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 68

