Page 27 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 27
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(i) Mempengaruhi – Penjual kosmetik itu telah mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan
pelakon terkenal sebagai duta produk.
(ii) Kehidupan – Kita mestilah menjalani kehidupan yang sihat dan menghindari perkara-perkara
yang negatif.
(iii) Penyampaian – Penyampaian anugerah kepada murid-murid yang cemerlang itu telah berjalan
dengan lancar.
(iv) Mengurangkan – Kaedah berkongsi kereta dan menaiki kenderaan awam dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas di bandar raya.
Soalan 2 – Sintaksis
Tulis perbualan di bawah ini semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah tanpa
mengubah maksud asalnya.
Haqim : Wah, sedap betul mi ini! Apakah namanya?
Wana : Mi Pedas.
Haqim : Yalah, mi ini pedas. Memang pedas tapi apakah namanya?
Wana : Mi Pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
Haqim : Oh, begitu! Jadi, kamu ke sini untuk makan Mi Pedaslah?
Wana : Betul, Haqim. Lagipun, saya pernah berjanji untuk belanja kamu makan.
[6 markah]
Haqim yang teruja akan kesedapan mi tersebut bertanya kepada Wana tentang nama mi tersebut.
Wana memberitahu Haqim bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas. Haqim tahu bahawa mi itu pedas
dan dia bertanya sekali lagi tentang namanya mi itu kepada Wana untuk mendapatkan kepastian.
Wana menjelaskan bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas menurut Dolah. Haqim mula faham lalu
menyatakan bahawa Wana ke kedai tersebut untuk makan Mi Pedas. Wana mengiyakan lalu
mengingatkan Haqim bahawa dia pernah berjanji untuk belanja Haqim makan.
Soalan 3 – Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
65 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

