Page 25 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 25
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. bagai isi dengan kuku
Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: bagai dakwat dengan kertas
2. rambut sama hitam, hati lain-lain
Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: lain dulang lain kakinya
Tugasan Berpandu 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan
tersebut.
Guru disiplin hendaklah menyiasat kes disiplin murid-murid dengan teliti supaya hukuman tidak
dijatuhkan kepada murid yang tidak bersalah. Walaupun sesetengah murid yang melakukan
kesalahan itu bijak untuk melepaskan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka
suatu hari nanti. Murid yang banyak menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan
buruk sesuatu perbuatan agar mereka tidak menyesal pada hari kemudian.
1. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya/ lain yang bengkak, lain yang
bernanah
2. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua/ belut kena getah
3. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna/ sudah terhantuk baru tengadah
Tugasan Berpandu 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.
Ayah menasihati abang supaya bersabar sewaktu melakukan apa-apa kerja sehingga mendapat
nikmatnya nanti kerana menurut ayah, tanpa bersabar, sesuatu kerja itu pasti tidak berjaya
dilakukan. Menurut ayah lagi, jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-
sungguh, sudah pasti kita tidak akan mendapat hasilnya kerana usaha dan kesungguhan itu ialah
anak kunci kecemerlangan. Oleh itu, ayah mengingatkan abang agar bersusah-susah terlebih
dahulu untuk mendapat kesenangan pada kemudian hari kerana tidak ada kesenangan yang
datang dengan tiba-tiba.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 62

