Page 28 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 28

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
        Petikan 1

               Sektor pertanian ini menjadi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
          Tambahan  pula,  peluang  perkerjaan  yang  besar  dapat  dibuka  melalui  sektor  pertanian  dengan
          menampung lebih 760 000 pekebun kecil atau hampir tiga juta ahli keluarga. Namun, kejayaan ini
          dibayangkan cabaran kesan kehilangan kepelbagaian biologi di dalam hutan akibat penebangan
          hutan untuk membina ladang. Tidak kurang juga terdapat masalah kehabisan beberapa speseis
          haiwan liar termasuk orang utan dikesan berlaku disebabkan oleh pembangunan sektor ini. Selain
          itu, sektor pertanian juga menyebabkan kesan pencemaran alam sekitar turut dilapurkan seperti
          baja kimia kepada tanah dan sungai serta bahan buangan kilang yang disalurkan ke sungai.

                                                                  (Dipetik dan diubah suai daripada
                                                      “Reliti Pemisahan Komoditi Industri Makanan”
                                                                                  bharian.com.my)

                                                                                          [6 markah]

        (i)   sumbangan – penyumbang
        (ii)   perkerjaan – pekerjaan

        (iii)  dibayangkan – dibayangi
        (iv)  kehabisan – kepupusan

        (v)   speseis – spesies

        (vi)  dilapurkan – dilaporkan


        Petikan 2

               Malaysia bakal menonjolkan oleh robot sosial humanoid adalah warna kulitnya, keupayaan
          bertutur bahasa Melayu dan mampu berpantun. Terdapat juga robot yang dicipta dapat menunjukkan
          deskripsi muka neutral, gembira, terkejut dan sedih. Fungsi robot ini ialah untuk menjadi teman
          bertutur bagi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kajian terdahulu di Jepun menunjukkan bahawa
          robot dengan ekspresi wajah berupaya menggalakkan kanak-kanak sekolah rendah untuk lebih
          pasif mengambil bahagian di dalam kelas pembelajaran Sains.

                                                                   Dipetik dan diubah suai daripada
                                              “Robot Sosial Humanoid : Ke Manakah Hala Tuju Kita?”
                                                                          Dewan Kosmik, Jun 2019


                                                                                          [5 markah]
        (i)   menonjolkan – ditonjolkan

        (ii)   adalah – ialah
        (iii)  deskripsi – ekspresi

        (iv)  ialah – adalah
        (v)   pasif – aktif


        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               66
   23   24   25   26   27   28   29   30   31