Page 29 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 29

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
           Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard

           Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
           bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

                 Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala
            pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api.
            Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,
            “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita?
            Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
                 Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum
            siang ini.”
                 Maka segala orang Siam pun kembalilah.
                                                   Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
                                                                        Dalam antologi Sejadah Rindu

                                                                                            [6 markah]

                Setelah waktu malam, Awi Dicu datang. Bendahara Paduka Raja mengarahkan supaya semua
           pohon kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api itu ditambat dengan punting api. Apabila orang Siam
           melihat banyak api di Melaka, hulubalang Siam mengatakan bahawa perahu Melaka banyak dengan

           kelengkapan dan bilangannya tidak terkira. Bagaimana jika Melaka datang menyerang mereka,
           sedangkan sebuah perahunya tadi Siam tidak dapat melawannya.

                Lalu Awi Dicu mengiyakan kata-kata hulubalang Siam dan mengajak mereka pulang sebelum
           siang.
                Lalu semua orang Siam pulang.




           Soalan 5 – Peribahasa

           Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
           peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

                 Kepulangan  Hazim  ke  kampung  bagai  belut  pulang  ke  lumpur  kerana  sudah  lama  dia
            merantau  ke  Kuala  Lumpur.  Dia  merantau  ke  Kuala  Lumpur  setelah  berselisih  faham  dengan
            adiknya, Hizam. Pelbagai cabaran dihadapinya semasa mula-mula berhijrah ke bandar raya tersebut.
            Namun begitu, lama-kelamaan dia dapat menyesuaikan diri di bandar. Bak kata orang alah bisa
            tegal biasa.
                 Setelah sepuluh tahun tinggal di Kuala Lumpur, Hazim mengambil keputusan untuk pulang
            ke kampung. Dia juga ingin berbaik-baik dengan adiknya. Baginya, hubungan adik-beradik ibarat
            carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.






                                                       67                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   24   25   26   27   28   29   30   31