Page 26 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 26

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
         Tugasan Berpandu      5

        Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai bagi petikan tersebut.


          Bertahun-tahun  Zaidi  mengumpulkan  wang  sebagai  modal  sebelum  berjaya  membuka  sebuah
          restoran.  Malangnya,  restoran  itu  terpaksa  ditutup  apabila  pengurus  yang  dilantik  untuk
          menguruskan restoran tersebut telah menipunya. Nasibnya bertambah malang apabila pihak bank
          mengisytiharkannya sebagai muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Bagaimanapun Zaidi
          tidak berputus asa. Dia berusaha untuk melunaskan hutangnya dengan berniaga secara kecil-kecilan.


          1.  Harapkan pagar, pagar makan padi/ Harapkan sokong, sokong membawa rebah




          2.  Sudah jatuh ditimpa tangga




          3.  Genggam bara api biar sampai jadi arang




          Praktis SPM 1



                                  Bahagian B :  Sistem dan Aplikasi Bahasa
                                                 [35 markah]

        Soalan 1 – Morfologi

        Baca petikan di bawah ini dengan teliti  dan senaraikan  empat kata terbitan.  Kemudian anda dikehendaki
        membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
        faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
        menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


          Tatkala teknologi semakin mempengaruhi kehidupan manusia, kaedah penyampaian maklumat
          semakin  ringkas  dan  padat  melalui  kaedah  pendigitalan.  Kehidupan  semakin  pantas  kerana
          teknologi mengurangkan masa sama ada untuk berkomunikasi mahupun memperoleh maklumat.
          Lantaran itu, dengan teknologi baharu seperti penghantaran mesej segera dan teks, penggunaan
          ayat lengkap dan gramatis serta pengejaan perkataan penuh tidak lagi perlu.
                                                       (Sumber : “Bahasa Sembang Maya Era Digital”,
                                                     Mohidin Haji Malek, Dewan Bahasa dan Pustaka)

                                                                                          [8 markah]




        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               64
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31