Page 11 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 11

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Esei

                                                                         P erkasa
                                                                         Perkasa KaranganKarangan
                                                                        •  Surat tidak rasmi meliputi surat
                                                   176, Kampung           kepada keluarga, saudara-mara,
                                                   Sera,                  dan sahabat handai.
                                                   Jalan Batu Lima,     •  Kandungan surat bersifat
                                                                          peribadi.
                                                   08200 Sik,           •  Mempunyai format khusus yang
                                                   Kedah Darul            perlu dipatuhi.
                                                   Aman.

                                                   17 Jun 2019.         •  popular – terkenal
                                                                        •  unik – istimewa/ luar biasa
             Menemui sahabatku, Zamzuri  yang berada di Brunei,         •  inovasi – kaedah baharu
             semoga sihat sejahtera bersama-sama keluarga tersayang.

             Sahabatku,
                  Saya telah menerima surat saudara tiga hari yang lepas semasa pulang dari sebuah pekan
             kecil yang terletak di pinggir bandar ini. Untuk pengetahuan saudara, terdapat pelbagai jenis kraf
             tangan yang dihasilkan di negara saya. Antaranya, tenunan, anyaman, barangan seramik, dan
             lukisan batik. Kebanyakan produk kraf tangan ini masih dibuat dengan menggunakan kemahiran
             tangan. Kraf tangan yang popular di tempat saya pula ialah kraf tangan yang berasaskan siratan
             dan anyaman seperti bakul, raga, serkap, dan bubu.

                  Produk kraf tangan ini merupakan hasil kerja  unik yang memerlukan kemahiran yang
             tinggi. Kemahiran ini dimiliki secara turun-temurun dalam kalangan ahli keluarga. Pada
             zaman dahulu, kraf tangan ini dijadikan bahan kegunaan peribadi. Contohnya, bakul dan raga
             digunakan untuk mengisi barang-barang keperluan harian seperti beras, ubi, dan sebagainya.
             Serkap dan bubu pula ialah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Alat-alat ini
             digunakan sebagai keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada hari ini, alat-alat
             ini sudah tidak digunakan lagi tetapi dijadikan perhiasan rumah dan sebagainya. Pembuatannya
             masih diteruskan dengan pelbagai inovasi. Kebanyakan kraf tangan ini dianyam dalam pelbagai
             corak dan kelarai yang menarik.

             Kebanyakan kraf tangan pada masa ini sudah mengalami anjakan paradigma dari segi
             pembuatannya dan telah dikomersialkan. Penggunaan teknologi moden seperti mesin-mesin
             menyebabkan banyak produk dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bahan mentah pula
             tidak lagi bergantung pada hasil yang dipungut di hutan, tetapi terdapat usaha-usaha menanam
             pokok rotan dan buluh bagi menjamin bahan mentah yang berterusan. Selain itu, kraf tangan
             ini tidak lagi menjadi perusahaan keluarga atau milik masyarakat tertentu sahaja.

                  Memandangkan  produk-produk  kraf  tangan ini  boleh  dikomersialkan,  penghasilannya
             dalam jumlah yang banyak perlu dilakukan. Perusahaan perlu dilakukan dalam skala yang besar.
             Pihak kerajaan dan pihak bank telah memberikan kemudahan bantuan kewangan dengan kaedah
             bayaran yang tidak membebankan para pengusaha. Melalui pinjaman ini, para pengusaha boleh
             membesarkan premis mereka atau membeli mesin-mesin baharu yang sesuai dengan produk
             yang dihasilkan. Begitu juga dengan jumlah pekerja yang boleh ditambah bilangannya. Industri
             Kecil dan Sederhana (IKS) banyak memberikan nafas kepada kemajuan sektor kraf tangan ini.

                  Hasil seni kraf tangan ini boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Di pusat
             bandar dan di kawasan-kawasan pelancongan, galeri dan gerai jualan kraf tangan dibuka untuk



                                                       15                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16