Page 11 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 11

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 1 Pengenalan
                                           3  Taraf hidup merosot
           BAB  Terdapat beberapa jenis       Pengangguran yang berlaku menunjukkan ramai buruh yang tidak
          1   pengangguran, antaranya ialah:  bekerja. Hal ini menyebabkan pendapatan masyarakat berkurang dan
              (a)  Pengangguran geseran      kuasa beli berkurangan. Ini menyebabkan taraf hidup merosot.
              (b)  Pengangguran struktur
              (c)  Pengangguran kitaran    4  Kadar kemiskinan meningkat
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
              (d)  Pengangguran bermusim
              (e)  Pengangguran teknologi      Apabila berlakunya pengangguran, ramai tenaga buruh yang tidak
              (f)  Pengangguran tak ketara   mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan. Hal ini menyebabkan
              (g)  Pengangguran sukarela     kadar kemiskinan meningkat.
                                           5  Kos kepada kerajaan
                                             Ada sesetengah negara membayar elaun kepada penganggur. Jadi jika
                                             berlaku pengangguran tinggi, maka elaun penganggur yang terpaksa
                                             ditanggung oleh kerajaan bertambah. Selain itu, pungutan cukai kerajaan
                                             turut berkurang semasa pengangguran.  Ini menyebabkan perbelanjaan
                                             kerajaan bertambah.

                                           6  Masalah sosial
                                             Penganggur tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk
                                             memenuhi keperluan diri dan keluarga. Apabila kadar pengangguran
                                             tinggi berlaku, lebih ramai individu tidak mempunyai pekerjaan dan
                                             pendapatan  yang  mantap.  Kesannya  masalah  sosial  seperti  kecurian,
                                             rompakan, ragut dan sebagainya akan berlaku.
                                           7  Ketidakstabilan politik
                                             Pengangguran yang berlaku secara berterusan menyebabkan kestabilan
                                             politik boleh terancam. Ada pihak-pihak tertentu yang mengambil
                                             kesempatan mempengaruhi fikiran rakyat untuk mengganggu keamanan
                                             dan kestabilan politik.


                                         Langkah Mengatasi Pengangguran
                                           1  Dasar kewangan mengembang
                                             Kerajaan boleh menjalankan dasar kewangan mengembang dengan
                                             menurunkan kadar bunga dan  menambahkan bekalan wang di
                                             pasaran. Apabila keadaan ini berlaku, pelaburan meningkat, perbelanjaan
                                             agregat bertambah.
                                           2  Dasar fiskal
              Langkah mengatasi              Masalah pengangguran yang berlaku menunjukkan perbelanjaan agregat
              pengangguran:                  kurang daripada penawaran agregat. Kerajaan boleh meningkatkan
              •  Dasar kewangan
                mengembang                   perbelanjaan agregat dengan menjalankan dasar belanjawan kurangan,
              •  Dasar belanjawan kurangan   iaitu mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
              •  Menambahkan peluang
                pekerjaan                  3  Menambahkan peluang pekerjaan
              •  Perancangan pembangunan       Menambahkan peluang pekerjaan baharu dengan membuka tanah baharu
                sumber tenaga manusia
              •  Kemahiran dan pendidikan    untuk sektor pertanian  dan menyediakan  tapak-tapak  perindustrian
                yang bersesuaian             yang baharu di kawasan luar bandar. Selain itu, insentif-insentif tertentu
              •  Penyebaran maklumat yang    perlu diberikan oleh kerajaan kepada pelabur tempatan dan luar negara
                lengkap
              •  Perancangan keluarga        untuk menarik mereka melabur dalam negara.





               8
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16