Page 12 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 12

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 1 Pengenalan
                  4  Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia
                    Perancangan dalam bidang ini penting terutamanya untuk menangani                           BAB
                    masalah pengangguran struktur dan teknologi. Perancangan
                    pembangunan sumber manusia yang baik dan teratur dapat memberi                            1
                    kemahiran yang diperlukan terutamanya dalam sektor ekonomi yang
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    sedang berkembang kepada penganggur.
                  5  Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian
                    Kerajaan boleh menambah bilangan institusi kemahiran teknik dan
                    vokasional serta meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang ini
                    agar bakal buruh mendapat latihan yang bersesuaian untuk diserapkan
                    dalam pekerjaan tertentu.
                  6  Penyebaran maklumat yang lengkap
                    Maklumat lengkap tentang sesuatu pekerjaan perlu disebarkan melalui   Pengangguran geseran berlaku
                    media cetak, media elektronik, dan media maya bagi mengurangkan   apabila pekerja-pekerja secara
                    masalah pengangguran geseran.                                   sukarela berhenti bekerja untuk
                                                                                    mencari pekerjaan yang lebih
                  7  Perancangan keluarga                                           baik. Pengangguran ini juga
                    Langkah ini sesuai dilaksanakan di negara-negara yang mengalami   disebabkan oleh pekerja kurang
                    kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi sedangkan peluang pekerjaan   mobiliti dan tiada maklumat
                                                                                    tentang peluang-peluang
                    adalah terhad.                                                  pekerjaan.


                Pertumbuhan Ekonomi

                Maksud dan Pengukurannya                                             Pertumbuhan ekonomi tidak
                                                                                     mengambil kira pertambahan
                                                                                     penduduk. Maka pertumbuhan
                  1  Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan dan peningkatan      ekonomi tidak semestinya
                    jumlah keluaran dalam kegiatan ekonomi. Ini bermaksud berlakunya   membawa peningkatan
                    pertambahan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh        kebajikan atau taraf hidup
                    sesebuah negara berbanding tahun sebelumnya.                     masyarakat. Hal ini kerana
                                                                                     peratus pertambahan penduduk
                  2  Pertumbuhan  ekonomi  boleh menjadi  kayu  ukur  kepada  prestasi   mungkin melebihi peratus
                                                                                     pertambahan KDNK benar. Oleh
                    pembangunan sesebuah negara. Semakin tinggi pertumbuhan ekonomi,   itu, kebajikan  atau taraf hidup
                    bermakna pembangunan sesebuah negara semakin berkembang.         masyarakat  lebih dikaitkan
                                                                                     dengan pembangunan ekonomi
                  3  Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada pembangunan ekonomi          yang  mengambil kira aspek
                    berbentuk fizikal seperti pertambahan dalam jumlah keluaran      ekonomi dan sosial.
                    barang pembuatan, pembangunan infrasturktur, jumlah sekolah, dan
                    pertambahan pengeluaran sektor ekonomi.
                  4  Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur melalui Keluaran Dalam
                    Negeri Kasar benar (KDNK benar) atau Keluaran Negara Kasar benar
                    (KNK benar). Berikut adalah rumusnya:

                          Kadar pertumbuhan ekonomi
                          =   KDNK benar semasa – KDNK benar sebelum   × 100            Petua Pemeriksa
                                       KDNK benar sebelum
                          Atau                                                       Jangan abaikan perkataan
                                                                                     ‘benar’ semasa menulis
                          =   KNK benar semasa – KNK benar sebelum   × 100           rumus ini. Perkataan ‘benar’
                                      KNK benar sebelum                              mesti ditulis.




                                                                                                         9
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17