Page 38 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 38
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir) STPM ’09
1 Dalam kaedah ini, keluaran negara dikira dengan mencampurkan semua Hasil Pembelajaran
jumlah perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang
dilakukan oleh semua sektor atau golongan pembeli dalam ekonomi Mengilustrasikan
yang terdiri daripada: penghitungan pendapatan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(a) Sektor isi rumah negara Malaysia mengikut
kaedah perbelanjaan.
(b) Sektor firma
(c) Sektor kerajaan
(d) Sektor luar negara
2 Perbelanjaan sektor isi rumah ialah perbelanjaan membeli barang akhir
dan perkhidmatan untuk keperluan penggunaan. Misalnya, membeli BAB
pakaian dan makanan. Perbelanjaan isi rumah ini juga dikenal sebagai 2
perbelanjaan penggunaan swasta (C).
3 Perbelanjaan sektor firma pula adalah untuk membeli barang modal
seperti mesin dan alat-alat jentera. Oleh itu, perbelanjaan ini juga dikenal
sebagai perbelanjaan pelaburan swasta (I) atau pembentukan modal tetap
kasar swasta.
4 Perbelanjaan kerajaan pula ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh
sektor kerajaan terhadap barang penggunaan (penggunaan awam) dan
barang modal (pelaburan awam) seperti pembinaan sekolah, jalan raya,
hospital, dan sebagainya. Perbelanjaan sektor kerajaan ini juga dikenal
sebagai perbelanjaan awam (G).
5 Perbelanjaan sektor luar negara merujuk kepada perbelanjaan terhadap
barang eksport dan import.
(a) Eksport ialah perbelanjaan negara asing terhadap barang dan Semenjak tahun 1969,
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara. Oleh itu, beberapa perubahan dalam
penghitungan pendapatan
eksport mesti dicampurkan dalam pengiraan pendapatan negara negara telah dilakukan.
kerana nilai eksport akan menambahkan pendapatan negara. Pengiraan mengikut kaedah
(b) Import pula ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sesebuah pendapatan dilakukan sehingga
1971 sahaja. Selepas itu,
negara terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh keadah pendapatan negara
negara asing. Oleh itu, import perlu ditolak kerana perbelanjaan dihitung menggunakan kaedah
import akan mengurangkan pendapatan negara. perbelanjaan dan keluaran
sahaja.
(c) Perbelanjaan sektor luar negara juga dikenal sebagai eksport bersih,
iaitu nilai eksport tolak nilai import (X – M)
6 Perubahan inventori pada akhir tahun juga perlu diambil kira dalam
menghitung pendapatan negara. Inventori atau barang stok ialah barang
akhir yang tidak dapat dijual atau barang separuh siap yang masih
dalam proses pengeluaran. Perubahan inventori dihitung dengan rumus
berikut:
Perubahan inventori = Inventori akhir – Inventori awal
(a) Inventori awal merupakan barangan yang dihasilkan pada tahun
lepas yang dijual pada tahun semasa. Oleh itu, nilai inventori awal
perlu ditolak dalam penghitungan pendapatan negara tahun semasa.
35

