Page 39 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 39
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
(b) Inventori akhir pula merujuk kepada barangan yang dikeluarkan
pada tahun semasa yang tidak dapat dijual. Oleh itu, nilai inventori
akhir perlu ditambah dalam penghitungan pendapatan negara tahun
semasa.
(c) Perubahan inventori yang positif akan menambahkan pendapatan
negara. Oleh itu, nilai ini harus dicampurkan dalam penghitungan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pendapatan negara.
(d) Sebaliknya, perubahan inventori yang negatif akan mengurangkan
pendapatan negara. Oleh itu, nilai ini harus ditolak daripada
pendapatan negara.
BAB 7 Apabila semua jenis perbelanjaan oleh empat sektor ini dicampurkan,
maka akan diperoleh KDNK pada harga pasaran.
2
KDNK = Perbelanjaan penggunaan swasta (C) + Pelaburan swasta
hp
(I) + Perbelanjaan kerajaan (G) + Eksport bersih (X – M)
+ Perubahan inventori
8 Di Malaysia, kaedah perbelanjaan digunakan untuk menghitung
Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNK ) berdasarkan
hp
harga semasa dan harga tetap.
9 KNK pada harga pasaran (KNK ) diperoleh dengan mencampurkan
hp
pendapatan faktor bersih luar negeri (PFB ) kepada KDNK , iaitu:
LN
hp
KNK = KDNK + PFB LN
hp
hp
10 Jadual 2.1 menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia
tahun 2016 mengikut kaedah perbelanjaan. KDNK tersebut boleh dilihat
mengikut harga malar (harga tetap) yang berasaskan tahun 2010.
Jadual 2.1 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut agregat permintaan pada
harga malar (2010), Malaysia tahun 2016
Harga malar (Tahun
Jenis perbelanjaan asas = 2010)
(RM juta)
A. Perbelanjaan penggunaan akhir
Awam 144 690
Swasta 589 667
B. Pembentukan modal tetap kasar
Awam 1 94 127
Swasta 186 909
C. Perubahan inventori dan barangan berharga 2 280
D. Eksport barangan dan perkhidmatan 780 600
E. Import barangan dan perkhidmatan 688 046
F. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga 1 108 227
pasaran
G. Bayaran pendapatan faktor bersih ke luar negeri – 23 331
(Imbangan pendapatan primer)
H. Keluaran Negara Kasar (KNK) pada harga pasaran 1 084 896
Nota:
1 Termasuk pelaburan oleh syarikat awam.
2 Termasuk perbezaan perangkaan hasil daripada pengimbangan.
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)
36

