Page 40 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 40
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
(a) Berdasarkan Jadual 2.1, komponen utama dalam KDNK Malaysia
ialah perbelanjaan penggunaan akhir awam, perbelanjaan
penggunaan akhir swasta, pembentukan modal tetap kasar awam,
pembentukan modal tetap kasar swasta, perubahan inventori
dan barangan berharga, serta eksport dan import barangan dan
perkhidmatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(b) Perbelanjaan penggunaan akhir merupakan penyumbang terbesar
terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar, iaitu sebanyak RM734 357
juta (67.7%), diikuti oleh pembentukan modal tetap kasar sebanyak
RM281 036 juta (25.9%), eksport bersih (eksport – import) sebanyak
RM92 554 juta, dan perubahan inventori dan barangan berharga
sebanyak (RM280 juta). BAB
(c) Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga pasaran 2
Malaysia pada tahun 2016 ialah sebanyak RM1 108 227 juta, iaitu
dengan mencampurkan perbelanjaan penggunaan akhir swasta,
perbelanjaan penggunaan akhir awam, pembentukan modal tetap
kasar awam, pembentukan modal tetap kasar swasta, perubahan
inventori dan barangan berharga serta eksport bersih.
(d) Manakala bagi mendapatkan nilai Keluaran Negara Kasar (KNK)
pada harga pasaran, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
ditolak dengan bayaran pendapatan faktor bersih luar negeri
(Imbangan pendapatan primer) sebanyak (–RM23 331 juta).
(e) Bayaran pendapatan faktor bersih luar negeri merupakan perbezaan
antara jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor Malaysia di
luar negeri dengan jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor
asing yang berada di Malaysia. Oleh itu, KNK pada harga pasaran
bernilai RM1 084 896 juta.
Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah) STPM ’08/’10/’11/’13/’16/’17
1 Dalam kaedah keluaran, keluaran negara dikira dengan mencampurkan
semua nilai ditambah atau nilai barang akhir yang dihasilkan oleh Hasil Pembelajaran
setiap sektor ekonomi dalam negara. Mengilustrasikan
penghitungan pendapatan
2 Nilai ditambah merupakan peningkatan nilai barang setelah melalui negara Malaysia menerusi
setiap peringkat proses pengeluaran. Ini bertujuan untuk mengelak kaedah keluaran.
masalah pengiraan dua kali bagi barang perantaraan, iaitu barang
separuh siap yang perlu diproses selanjutnya.
3 Berikut dijelaskan bagaimana nilai ditambah bagi pengeluaran baju
dihitung:
Mengapakah nilai ditambah
Jadual 2.2 Penghitungan nilai ditambah bagi pengeluaran baju bagi keluaran digunakan untuk
menghitung pendapatan
Jenis keluaran Nilai keluaran (RM) Nilai ditambah (RM) negara mengikut kaedah
1 Kapas 25 25 keluaran?
2 Benang 30 5
3 Kain 40 10
4 Baju 60 20
Jumlah nilai ditambah 60
37

