Page 49 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 49

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
                                             (b)  Walaupun banyak nilai keluaran negara yang dihasilkan daripada
                                                 keluaran kilang tersebut, namun tidak dapat memberi taraf hidup
                                                 yang tinggi kepada masyarakat sekitar.
                                             (c)  Oleh itu, walaupun sesebuah negara industri dapat menghasilkan
                                                 nilai keluaran negara yang tinggi, namun taraf hidup masyarakatnya
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                                 masih belum terjamin jika perkembangan industri tersebut
                                                 membawa masalah alam sekitar.
                                           4  Agihan pendapatan
                                             (a)  Dalam penghitungan pendapatan negara, soal jurang agihan
                                                 pendapatan telah diabaikan. Walau bagaimanapun, jurang agihan
           BAB                                   pendapatan dalam kalangan masyarakat akan mempengaruhi taraf

          2                                      hidup.
                                             (b)  Agihan pendapatan yang lebih adil dalam kalangan masyarakat
                                                 dapat meninggikan taraf hidup sesebuah masyarakat walaupun
                                                 jumlah pendapatan negaranya adalah rendah.
                                             (c)  Sebaliknya, jika jurang agihan pendapatan dalam kalangan
                                                 masyarakat besar, maka taraf hidup masyarakat tersebut adalah
                                                 rendah walaupun pendapatan negaranya adalah tinggi.
                                             (d)  Perbezaan dalam pengagihan pendapatan harus diambil kira jika
                                                 hendak membuat perbandingan pendapatan negara dengan negara
                                                 lain.
                                           5  Jumlah penduduk
                                             (a)  Setiap negara mempunyai jumlah penduduk yang berbeza. Jadi,
              Maklumat berikut menunjukkan       tidak semestinya sesebuah negara mempunyai nilai pendapatan
              KDNK per kapita untuk
              beberapa buah negara pada          negara yang tinggi maka taraf hidup rakyat negara itu lebih tinggi
              tahun 2016.                        daripada negara lain.
                   Negara      USD           (b)  Taraf hidup dapat diukur melalui pendapatan per kapita. Pendapatan
               Amerika Syarikat  57 608          per kapita ialah pendapatan purata yang diperoleh oleh setiap orang
               Jepun           38 883            yang berada dalam sesebuah negara.
               Singapura       52 961        (c)  Pendapatan  per  kapita  mengalami  kemerosotan  jika  jumlah
               Malaysia         9 102
               Thailand         5 902            penduduk bertambah lebih pesat daripada pertambahan dalam
               China            8 123            jumlah keluaran negara.
               Myanmar          1 232        (d)  Oleh itu, adalah tidak tepat jika kita beranggapan bahawa negara
              Apakah masalah yang dihadapi       yang mempunyai pendapatan negara yang tinggi mempunyai taraf
              dengan menggunakan data ini        hidup yang tinggi tanpa mengambil kira jumlah penduduknya.
              sebagai pengukur perbezaan
              taraf hidup penduduk antara     6  Cara pengiraan pendapatan
              negara-negara tersebut?
                                             (a)  Jika kaedah pengiraan pendapatan negara berbeza antara negara,
                                                 maka sudah tentu nilai pendapatan negara yang diperoleh juga akan
                                                 berbeza.
                                             (b)  Misalnya, bagi negara Amerika Syarikat, keluaran negara yang dikira
                                                 melibatkan barang dan perkhidmatan. Sementara di negara Rusia,
                                                 pengiraan keluaran negara hanya melibatkan barang sahaja, tanpa
                                                 mengira perkhidmatan. Oleh itu, perbandingan pendapatan negara
                                                 antara  kedua-dua  negara  tersebut  tidak  dapat  dilakukan  dengan
                                                 tepat.





               46
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54