Page 48 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 48
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
(b) Kejadian masalah sosial dan jenayah sesungguhnya menunjukkan
taraf hidup rakyat di sesebuah negara adalah rendah.
(c) Oleh itu, jika di sesebuah negara berlaku peningkatan dalam
pendapatan negara dan dalam masa yang sama berlaku masalah
sosial dan jenayah seperti sering berlaku rompakan, ragut,
tembak-menembak, kecurian, dan sebagainya, maka peningkatan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pendapatan negara yang berlaku tidak menunjukkan taraf hidup
rakyatnya meningkat.
Masalah Membandingkan Pendapatan Negara antara Negara
Masalah ini ada hubungan dengan masalah penentuan tingkat kebajikan BAB
di sesebuah negara. Persoalannya ialah adakah sesebuah negara yang 2
mempunyai nilai KNK yang lebih tinggi daripada negara lain juga akan
mempunyai taraf hidup atau tingkat kebajikan yang lebih tinggi?
Sebenarnya nilai keluaran negara yang tinggi tidak semestinya menggambarkan
sesebuah negara itu mempunyai taraf hidup yang tinggi. Ini kerana terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhinya yang terpaksa diambil kira. Antara
faktor-faktor yang didapati setelah membandingkan beberapa buah negara
ialah:
1 Transaksi bukan pasaran
(a) Satu kelemahan yang jelas dalam pengiraan pendapatan negara
ialah pengabaian aktiviti yang tidak dipasarkan. Misalnya, tanaman
sayuran untuk kegunaan sendiri tidak akan dihitungkan.
(b) Oleh itu, nilai keluaran negara akan menjadi kurang daripada yang
sebenarnya. Maka, adalah tidak adil jika kita beranggapan bahawa
tingkat kebajikan atau taraf hidup sesebuah negara lain adalah
rendah kerana tingkat keluaran negaranya yang rendah.
2 Masa rehat
(a) Masa rehat dan pendapatan negara mempunyai hubungan yang
negatif. Apabila masa rehat banyak, maka pendapatan negara
akan berkurangan. Sebaliknya, semakin kurang masa rehat, maka
semakin bertambah pendapatan negara sesebuah negara.
(b) Namun keadaan masa rehat tidak diambil kira dalam pengiraan
keluaran negara. Masa rehat yang panjang akan menaikkan tingkat
kesejahteraan sesebuah masyarakat. Tetapi masa rehat yang panjang
akan menyebabkan kurangnya keluaran negara kerana masa bekerja
menjadi semakin singkat. Antara masalah yang timbul
semasa membandingkan
(c) Oleh itu, perbandingan pendapatan negara dengan negara lain pendapatan negara antara
menjadi kurang tepat dari segi kebajikan penduduk jika tidak negara ialah:
mengambil kira dari segi perbezaan masa rehat. (a) Transaksi bukan pasaran
(b) Masa rehat
3 Eksternaliti yang negatif (c) Eksternaliti negatif
(a) Eksternaliti yang negatif ialah kesan luaran yang mendatangkan (d) Agihan pendapatan
(e) Jumlah penduduk
kos sosial kepada masyarakat. Misalnya, kos sosial yang berpunca (f) Cara pengiraan pendapatan
daripada kilang minyak kelapa sawit ialah pencemaran sungai akibat (g) Struktur perbelanjaan
daripada bahan-bahan buangannya. negara
45

