Page 47 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 47

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
                                           2  Masalah perubahan kualiti
                                             (a)  Pada kebiasaannya, barang yang bermutu tinggi mempunyai harga
                                                 yang tinggi. Oleh itu, nilai KNK mengikut harga pasaran adalah
                                                 tinggi.
                                             (b)  Masalahnya ialah adakah kenaikan harga sesuatu barang itu selaras
                                                 dengan peningkatan kualitinya? Jika harga barang meningkat tetapi
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                                 kualitinya tidak bertambah baik, maka peningkatan nilai keluaran
                                                 negara yang terjadi adalah tidak wajar. Dalam hal ini keluaran
                                                 negara dianggap “terlebih nilai”.
                                           3  Perubahan corak agihan pendapatan
           BAB                               (a)  Jurang agihan pendapatan berubah mengikut masa sama ada
                                                 semakin besar atau semakin kecil.
          2                                  (b)  Walaupun pendapatan negara tetap, tetapi jika jurang agihan
                                                 pendapatan semakin kecil, jumlah barangan yang boleh dinikmati
                                                 oleh penduduk bertambah. Ini menunjukkan taraf hidup bertambah.
                                             (c)  Sebaliknya, jika jurang agihan pendapatan semakin besar, maka
                                                 jumlah barangan yang boleh dinikmati oleh penduduk berkurangan.
                                                 Ini menunjukkan taraf hidup penduduk semakin rendah.
              Antara masalah yang timbul
              semasa membandingkan         4  Ledakan penduduk
              pendapatan negara antara       (a)  Walaupun pendapatan sesebuah negara meningkat, tetapi jika
              masa ialah:                        berlaku ledakan penduduk yang pesat, ini menyebabkan taraf hidup
              (a)  Masalah perubahan harga       penduduknya adalah rendah.
              (b)  Masalah perubahan kualiti
              (c)  Perubahan corak agihan    (b)  Hal ini kerana apabila berlaku ledakan penduduk, akan berlakunya
                 pendapatan                      kekurangan keperluan hidup seperti makanan, pakaian, dan tempat
              (d)  Ledakan penduduk              tinggal. Maka, taraf hidup akan jatuh.
              (e)  Perubahan masa rehat
              (f)  Kesan eksternaliti      5  Perubahan masa rehat
              (g)  Masalah sosial dan jenayah
                                             (a)  Sesungguhnya pengiraan pendapatan negara tidak mengambil
                                                 kira jumlah masa kerja dan jumlah masa rehat yang dinikmati
                           ’12  STPM
                                                 penduduknya.
                                             (b)  Oleh itu, walaupun berlaku pertambahan dalam pendapatan negara
                                                 mengikut masa, tidak semestinya taraf hidup rakyatnya meningkat
                                                 jika dalam masa yang sama rakyatnya terpaksa mengurangkan masa
                                                 rehat dan menambahkan masa bekerja. Ini menyebabkan rakyatnya
                                                 kekurangan masa rehat dan masa untuk berhibur.

                                           6  Kesan eksternaliti
                                             (a)  Data pendapatan negara juga tidak mengambil kira kesan
                                                 eksternaliti yang terhasil akibat pembangunan dan kepesatan
                                                 kegiatan ekonomi. Contoh kesan sampingan yang terjadi seperti
                                                 pencemaran, kesesakan, dan kesibukan.
                                             (b)  Oleh itu, walaupun dalam tempoh masa tertentu, berlaku
                                                 peningkatan dalam pendapatan negara, tetapi jika dalam masa
                                                 yang sama berlaku kesan-kesan sampingan sedemikian, pastinya
                                                 taraf hidup rakyat terjejas.

                                           7  Masalah sosial dan jenayah
                                             (a)  Begitu juga dengan masalah sosial yang berlaku di sesebuah negara
                                                 terutamanya di negara-negara sedang membangun dan negara
                                                 mundur.



               44
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52