Page 44 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 44
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
(d) Masalah ini ditambah pula dengan wujudnya pelbagai jenis barang
modal dengan setiap pengusaha menggunakan kaedah pengiraan
susut nilai yang berbeza-beza.
5 Masalah kegiatan yang tidak dibayar dalam bentuk wang
(a) Pendapatan negara hanya melibatkan semua jenis keluaran yang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dapat dinilai dengan wang. Contoh kegiatan produktif yang
(b) Namun, terdapat banyak kegiatan produktif tidak dinilai dengan tidak dibayar dengan wang:
• Perkhidmatan sukarela
wang. Misalnya, kerja yang dilakukan oleh suri rumah tangga yang • Perkhidmatan buruh yang
tidak dihitung dalam pendapatan negara. dibayar dalam bentuk upah
bukan wang
(c) Oleh kerana semua kegiatan produktif ini tidak dapat dinilai dengan • Perkhidmatan suri rumah
wang, maka jumlah keluaran negara yang dikira akan berkurangan • Penggunaan harta sendiri BAB
daripada nilai keluaran negara yang sebenarnya. untuk tujuan pengeluaran
• Pertukaran barang antara 2
6 Masalah menentukan harga barang dua pihak
(a) Harga barang adalah berbeza mengikut kawasan dan boleh berubah
dari semasa ke semasa.
(b) Hal ini menyulitkan penentuan harga barang bagi mengira
sumbangan sektor atau kegiatan ekonomi terhadap pendapatan
negara.
7 Masalah kenaikan harga dan perubahan kualiti barang
(a) Perubahan harga akan menyebabkan perubahan pendapatan negara.
Ini menyukarkan perbandingan pendapatan negara untuk beberapa
tahun. Kenaikan harga akan menyebabkan kenaikan pendapatan
negara tetapi tidak dapat menunjukkan peningkatan pendapatan
negara yang sebenar. Hal ini kerana pertambahan keluaran fizikal
tidak diambil kira.
(b) Peningkatan kualiti barang dari semasa ke semasa akan menyebabkan Senaraikan masalah yang
kenaikan harga dan nilai barang. Oleh itu, pengiraan pendapatan dihadapi dalam penghitungan
negara mengikut harga tetap tidak tepat kerana tidak mengambil pendapatan negara
kira kenaikan kualiti barang.
2.3 Kegunaan Data STPM ’09 / ’10 / ‘12 / ‘13
Pendapatan Negara
Hasil Pembelajaran
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Menjelaskan kegunaan data
1 Untuk mengetahui kadar pertumbuhan ekonomi pendapatan negara.
(a) Kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dapat diukur dengan
menggunakan nilai keluaran negara benar. Secara rumus, keluaran
negara benar dapat diperoleh seperti berikut:
IHP
Keluaran negara benar = 0 × Keluaran negara nominal
IHP 1
dengan IHP = Indeks harga pengguna tahun asas
0
IHP = Indeks harga pengguna tahun semasa
1
41

