Page 46 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 46

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
                  4  Perubahan struktur ekonomi
                    (a)  Perubahan struktur ekonomi boleh dilihat dalam data pendapatan
                        negara mengikut kaedah keluaran. Mengikut kaedah keluaran,
                        pendapatan negara dihitung berdasarkan sektor ekonomi.
                    (b)  Jika nilai keluaran dalam sektor utama semakin merosot berbanding
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                        tahun sebelumnya, manakala nilai keluaran sektor kedua semakin   Apakah kegunaan data
                        meningkat berbanding tahun sebelumnya, ini bermakna struktur   pendapatan negara?
                        ekonomi  telah  mengalami  perubahan  dari  sektor  utama  kepada
                        sektor kedua.
                    (c)  Misalnya, struktur ekonomi Malaysia berubah daripada berasaskan
                        pertanian pada tahun 1970an kepada perindustrian pada tahun
                        1980an dan 1990an.                                                                     BAB
                  5  Perancangan ekonomi                                                                      2
                    (a)  Data pendapatan negara yang merangkumi perbelanjaan, pelaburan,
                        keluaran sektor, dan sebagainya merupakan elemen penting atau
                        petunjuk kepada pihak kerajaan untuk membuat perancangan
                        ekonomi masa depan.
                    (b)  Misalnya jika arah aliran sektor pembuatan dan pembinaan
                        menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, sedangkan
                        dasar negara ialah menjadikan negara sebagai sebuah negara maju,
                        maka pastinya perancangan tertentu perlu dilakukan agar hasrat
                        tersebut boleh dicapai. Ini kerana sektor pembuatan dan pembinaan
                        merupakan sektor yang penting ke arah negara maju.
                    (c)  Begitu juga jika didapati pembentukan modal tetap swasta misalnya
                        mengalami penurunan, maka kerajaan perlu membuat perancangan
                        tertentu agar sektor ini terus berkembang.


                Kelemahan dalam Menggunakan Data Pendapatan Negara                    Hasil Pembelajaran
                Terdapat dua kelemahan dalam menggunakan data pendapatan negara       Membincangkan kelemahan
                sebagai pengukur taraf hidup rakyat, iaitu:                           data pendapatan negara
                (a)  masalah membandingkan pendapatan negara antara masa              untuk mengukur taraf hidup
                (b)  masalah membandingkan pendapatan negara antara negara.           dan membandingkan taraf
                                                                                      hidup antara masa dan
                                                                                      antara negara.
                Masalah Membandingkan Pendapatan Negara antara Masa
                  1  Masalah perubahan harga                                          STPM  ’08 / ’09 / ’17
                    (a)  Harga barang akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
                        Jika harga barang meningkat, maka nilai keluaran negara juga akan
                        meningkat, walaupun jumlah keluaran fizikalnya tidak bertambah.
                    (b)  Oleh  itu,  nilai  pendapatan  negara  yang  tinggi  mungkin  bukan
                        disebabkan oleh pertambahan dalam jumlah keluaran fizikal tetapi
                        kenaikan yang tinggi dalam tingkat harga umum. Dalam keadaan
                        ini, taraf hidup rakyat sebenarnya menurun.
                    (c)  Maka, kesan kenaikan tingkat harga umum ke atas nilai keluaran
                        harus dihapuskan.
                    (d)  Untuk menghapuskan kesan kenaikan tingkat harga umum, KNK
                        benar atau KDNK benar yang berdasarkan harga tetap harus
                        digunakan untuk membuat perbandingan pendapatan melalui masa.




                                                                                                        43
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51