Page 22 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 22

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                                         (b)  Kos penilaian (appraisal cost)
                                             Kos ini meliputi kos seperti pemeriksaan kod, kos menganalisis
                                             bahan, produk, proses untuk memastikan kepatuhan
                                             kepada keperluan pelanggan. Menilai semula reka bentuk
                                             merupakan sebahagian daripada pencegahan dan penilaian.
                                             Kamu dikatakan sedang membuat penilaian jika kamu dapat
                                             mengesan kesilapan pada tahap reka bentuk dicadangkan.
                                             Kamu dikatakan sedang membuat pencegahan jika kamu
                                             mencari  jalan  penyelesaian  untuk  memperkukuhkan  reka
                                             bentuk.

     BAB                                 (c)  Kos kegagalan luaran (external failure cost)
    2                                        Kos yang berlaku apabila pelanggan menerima produk
                                             yang berkualiti rendah dan berkaitan dengan perkhidmatan
                                             pelanggan selepas jualan. Antaranya termasuk kos tuntutan
                                             jaminan, kos gantian produk, kos rungutan pelanggan, dan
                                             sebagainya.
                                         (d)  Kos kegagalan dalaman (internal failure cost)
                                             Kos yang berlaku apabila produk yang berkualiti rendah ditemui
                                             sebelum produk tersebut dihantar kepada pelanggan. Kos ini
                                             termasuk  kos  kerja  semula,  kos  skrap,  dan  sebagainya.  Kos
                                             ini biasanya akan melebihi kos mengesani dan memperbaiki
                                             kecacatan produk.

                                      5  Pasukan penambahbaikan kualiti
                                       Melibatkan sekumpulan pekerja dari jabatan atau proses kerja yang
                                         berlainan  bertemu secara kerap untuk mengenal pasti masalah,
                                         menganalisis, menyelesaikan masalah, dan mengimplementasikan
                                         perubahan yang berkaitan dengan masalah kerja. Tujuan pasukan
                                         penambahbaikan adalah untuk memperbaiki proses kerja dan
                                         produk. Pasukan penambahbaikan akan mengorganisasikan kerja
                                         mereka, memilih ketua, dan mengatasi masalah-masalah di tempat
                                         kerja.
                                      6  Penanda aras (benchmarking)
                Jenis-jenis             Penanda aras merupakan proses membuat perbandingan prestasi
                Penanda Aras             syarikat sendiri dengan organisasi yang lebih baik agar dapat
                (Benchmarking)
          INFO                           memperbaiki syarikat sendiri. Penanda aras merupakan satu proses
                                         yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara memerhati dan
                                         mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi
                                         yang lain. Biasanya syarikat akan mempelajari, mengubah suai,
                                         dan melaksanakan amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi
                                         yang lain. Penanda aras membabitkan pengurusan mengenal pasti
                                         firma terbaik dalam industri mereka dan membandingkan prestasi
                                         firma tersebut dengan firma sendiri agar dapat memajukan firma
                                         sendiri. Penanda aras adalah satu proses yang sistematik dan
                                         berterusan untuk mengenal pasti, mempelajari, mengubah suai,





         40





   02 PraU Pnigan P1.indd   40                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27