Page 23 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 23

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

               dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang
               sama atau organisasi yang lain untuk tujuan yang berikut:
               (a)  Memperbaiki proses atau operasi perniagaan dan meningkatkan
                   produktiviti atau kualiti organisasi.
               (b)  Mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam operasi
                   perniagaan seperti yang diamalkan oleh organisasi yang lain
                   dan mungkin lebih baik daripada mereka jika boleh.
               (c)  Memperbaiki pencapaian perniagaan organisasi seperti
                   meningkatkan kedudukan kewangan organisasi atau
                   menambahkan syer pasaran organisasi.
               (d)  Menambahkan kepuasan pengguna ke atas penggunaan                                     BAB
                   keluaran atau perkhidmatan organisasi.                                               2



          2.3.4  Pendekatan Kawalan Kualiti

          Kawalan Input                                                         Hasil Pembelajaran
          Merupakan kawalan ke atas input seperti bahan, tenaga kerja, mesin,
          dan kaedah yang dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula.       Menerangkan pendekatan
                                                                                kawalan kualiti iaitu kawalan
          Tujuannya adalah untuk mengelakkan pemesongan dan memastikan          input, kawalan proses, dan
          pengeluaran mengikut spesifikasi.                                     kawalan output.

          Kawalan Proses/Semasa                                                       ’13
          Kawalan ini dilakukan pada peringkat input ditransformasikan kepada
          output dan bertujuan menyisih barangan cacat daripada proses.


          Kawalan Output
          Kawalan yang dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat. Aktiviti tersebut
          melibatkan perbandingan dengan standard output yang ditetapkan.
          Kawalan ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap proses
          dan membolehkan tindakan pembetulan diambil.


                 2.4  Kawalan Inventori


          2.4.1  Jenis-jenis Inventori
          Definisi                                                              Hasil Pembelajaran

            1  Kawalan inventori merupakan sistem  kawalan yang mengawasi       •  Menjelaskan maksud
               jenis-jenis inventori seperti bahan mentah, barang siap, dan barang   kawalan inventori, sistem,
                                                                                 dan kepentingannya.
               separuh siap.                                                    •  Menjelaskan jenis-jenis
            2  Kawalan inventori adalah penting bagi memastikan proses           inventori iaitu bahan
                                                                                 mentah, kerja dalam
               pengeluaran berjalan dengan lancar dan permintaan pengguna        proses, dan produk siap.
               dapat dipenuhi sepanjang masa.





                                                                                                  41





   02 PraU Pnigan P1.indd   41                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28