Page 21 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 21
Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
(f) Carta kawalan di atas menunjukkan loji pengeluaran Kellog
Cornflakes untuk mesin A. Lima poin pertama bertabur secara
rawak di sekitar garis tengah menunjukkan mesin berfungsi
dengan baik dari pukul 8.00 a.m. sehingga 12 tengah hari.
Selepas pukul 12 tengah hari (bagi sampel 5 – 9), semua poin
berada atas garisan tengah sehingga poin akhir berada di luar
had kawalan atas. Mesin perlu diberhentikan dan masalah
sebenar perlu dikenal pasti.
3 Analisis nilai tambah
(a) Penilaian komprehensif bagi semua aktiviti kerja, aliran BAB
bahan, dan kerja-kerja bertulis (paper work) yang menentukan
tambahan nilai kepada pelanggan. 2
(b) Analisis sedemikian mendedahkan aktiviti-aktiviti yang
tidak berfaedah dan membazir yang boleh dibuang tanpa
menjejaskan kualiti perkhidmatan pelanggan.
(c) Misalnya dalam satu analisis tambah nilai, Syarikat Hewlett
Packard menyedari kontrak atau perjanjian jual beli adalah
terlalu panjang dan sukar difahami. Syarikat tersebut
mengambil keputusan untuk menyediakan kontrak atau
perjanjian yang ringkas serta mudah dibaca dan difahami
iaitu dengan mengurangkan bilangan muka surat daripada
20 ke 2. Tindakan syarikat ini seterusnya membawa kepada
peningkatan yang drastik dalam jualan komputernya.
4 Kajian kualiti dan kos
Kajian kualiti dan kos merupakan kaedah untuk meningkatkan
kualiti produk dengan membuat penilaian tentang kualiti yang
berkaitan dengan kos semasa bagi sebuah firma dan cuba mengenal
pasti bahagian-bahagian yang berupayaan mengurangkan kos
dengan banyak. Kos kualiti ialah kos yang berkaitan dengan
pencegahan, mengesan dan memperbaiki kerja yang defektif. Kos
ini adalah besar, biasanya 20% – 40% daripada jualan. Kebanyakan
kos ini boleh dikurangkan atau dielakkan sepenuhnya. Salah satu
tugas utama jurutera kualiti ialah mengurangkan jumlah kos kualiti
yang berkaitan dengan sesuatu produk. Terdapat empat kategori
kos yang berkaitan dengan pengurusan kualiti. Antaranya ialah:
(a) Kos pencegahan (prevention costs)
Kos yang dibayar untuk mencegah berlakunya ketidakpatuhan
kepada keperluan pengguna. Kos yang dibayar untuk
mencegah masalah kualiti yang rendah seperti kesilapan dalam
kod, kesilapan dalam reka bentuk, kesalahan dalam manual
pengguna. Kebanyakan kos pencegahan adalah melebihi bajet
yang diberi.
39
02 PraU Pnigan P1.indd 39 06/07/2022 4:13 PM

