Page 18 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 18
Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
3 Liabiliti produk
Syarikat perlu memastikan produk yang dikeluarkan selamat dan
Kitaran Deming
tidak menjejaskan kesihatan pengguna.
INFO
4 Membolehkan produk bersaing di pasaran antarabangsa di mana
produk mendapat pengiktirafan dari badan kualiti antarabangsa.
Ini membolehkan produk menembusi pasaran dunia yang lebih
luas.
5 Mengurangkan pembaziran akibat kerosakan atau kecacatan dan
mengurangkan kos pengeluaran.
BAB Proses Kawalan Kualiti
2 1 Kitaran PDCA merupakan salah satu alat kualiti yang digunakan
untuk menganalisis kualiti, iaitu Plan, Do, Check, Action.
’18 2 Kitaran PDCA adalah empat langkah yang sering digunakan
dalam syarikat sebagai alat mengawal dan menambahbaik secara
berterusan.
3 Konsep kitaran PDCA pertama kali diperkenalkan oleh Dr Walter
A. Shewhart pada tahun 1930 dan disebut sebagai Shewhart Cycle.
Konsep ini dikembangkan oleh Dr Walter Edward Deming sehingga
ke Negara Jepun dalam sektor pembuatan yang kemudiannya
dikenali sebagai The Deming Wheel.
4 Langkah-langkah menggunakan PDCA ialah mengenal pasti
masalah, memilih masalah, mendefinisikan masalah, menganalisis
masalah, cadangan penyelesaian (Plan), pelaksanaan cadangan
(Do), mengukur kejayaan (Check), dan mengambil tindakan susulan
(Action).
Plan
Act Do
Check
Rajah 2.3 Kitaran PDCA
Plan (Rancang)
Melibatkan tindakan mengenal pasti masalah dan mencadangkan
cara penyelesaian.
36
02 PraU Pnigan P1.indd 36 06/07/2022 4:13 PM

