Page 24 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 24

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                                    Objektif
                                    Objektif kawalan inventori ialah:
                                    (a)  Menentukan inventori berada pada aras yang mencukupi.
                                    (b)  Mengelakkan penyimpanan stok yang berlebihan.
                                    (c)  Mengelakkan gangguan semasa proses pengeluaran dengan
                                         menyimpan stok bahan yang diperlukan.
                                    (d)  Meminimumkan kos penyimpanan inventori.
                                    (e)  Memenuhi keperluan pasaran secara berterusan.

                                    Jenis-jenis Inventori
     BAB                            Jenis-jenis inventori termasuk:
    2                               (a)  Bahan mentah
                                         Bahan mentah merujuk kepada sumber-sumber semula jadi atau
                                         input yang digunakan dalam proses pengeluaran.
                                    (b)  Kerja dalam proses
                                         Bermaksud barang-barang yang masih dalam proses pengeluaran
                                         iaitu melalui proses transformasi.
                                    (c)  Produk siap
                                         Output yang siap dan boleh digunakan terus oleh pengguna.


                                    2.4.2  Alat/Kaedah Kawalan Inventori
                     ’10
                                      1  Kaedah pengurusan inventori ialah:
                                         (a)  EOQ (Economic Order Quantity) atau kuantiti pesanan
                                             ekonomi dan titik pesanan semula [Reorder Point (ROP)].
                                         (b)  JIT (Just In Time) atau kaedah tepat pada masa.


          Hasil Pembelajaran          2  Model EOQ (kuantiti pesanan ekonomi) dan ROP (titik pesanan
                                         semula)
         •  Mengenal pasti alat-alat     (a)  EOQ digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum
           kawalan inventori.
         •  Mengaplikasikan kaedah           yang dapat meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan
           kuantiti pesanan ekonomi          inventori.
           (EOQ) dan titik pesanan       (b)  Andaian yang perlu dibuat untuk model EOQ ini adalah:
           semula (ROP).
         •  Menghuraikan konsep/             (i)  Kadar permintaan diketahui dan bersifat konsisten.
           kaedah tepat pada masa
           (JIT).                            (ii)  Lead time, iaitu jarak masa di antara tarikh pesanan dan
                                                 penerimaan pesanan adalah malar.
                                             (iii)  Tiada kekurangan berlaku.
                                             (iv)  Tiada had ke atas saiz lot item.
                                             (v)  Item diperoleh dalam saiz lot dan diterima sekaligus.
                                             (vi)  Hanya terdapat dua kos yang relevan, iaitu kos pegangan
                                                 dan kos pesanan. Contoh kos pegangan ialah sewa
                                                 ruangan, insurans, bunga atas modal dan kos pengurusan.
                                                 Kos pesanan pula adalah seperti kos pengangkutan,
                                                 pemprosesan, dan perkeranian.





         42





   02 PraU Pnigan P1.indd   42                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29