Page 17 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 17
Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
(a) Penawaran tenaga buruh
Penawaran tenaga buruh yang mahir dan berkualiti adalah
penting. Jika firma adalah berintensifkan buruh, firma akan
beroperasi di kawasan yang kadar upahnya adalah rendah.
(b) Kos pengangkutan
Pemilihan lokasi yang strategik adalah penting kerana
dapat mengurangkan kos logistik. Contohnya, industri yang
menjalankan kegiatan eksport adalah sesuai ditempatkan
berdekatan dengan pelabuhan.
(c) Bahan mentah
Bahan mentah yang murah dan berkualiti adalah penting. BAB
Kebanyakan industri yang menggunakan bahan mentah berat
sesuai ditempatkan berhampiran dengan pembekal agar kos Apakah objektif perancangan 2
dapat dikurangkan. lokasi?
(d) Kemudahan infrastruktur
Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dan infrakstruktur
haruslah disediakan di lokasi yang dipilih bagi memastikan
pengeluaran berjalan dengan lancar.
(e) Faktor persekitaran
Firma perlu mengambil kira keadaan persekitaran, iaitu
memastikan tidak berlaku pencemaran dan mengutamakan
keselamatan. Misalnya, industri petrokimia mestilah
ditempatkan jauh dari kawasan perumahan.
2.3 Kawalan Kualiti
2.3.1 Konsep dan Proses Kawalan Kualiti
Definisi Hasil Pembelajaran
Kualiti bermaksud keupayaan sesuatu produk memenuhi kehendak Menjelaskan maksud
penggunanya. Kawalan kualiti ialah proses semakan produk atau kawalan kualiti,
kepentingannya, dan
perkhidmatan untuk memastikan ia mematuhi standard tertentu. proses.
Ia merupakan usaha yang diambil oleh jabatan pengeluaran untuk
membolehkan produk yang dihasilkan mencapai standard kualiti yang
diingini.
Kawalan kualiti – proses
Objektif semakan terhadap output atau
produk untuk menjamin kualiti
1 Objektif kos dan syer pasaran produk menepati piawaian
Kualiti yang baik dapat meningkatkan syer pasaran serta kualiti.
mengurangkan kos.
2 Meningkatkan imej produk
Produk yang berkualiti dapat meningkatkan imej syarikat dan
keuntungan.
35
02 PraU Pnigan P1.indd 35 06/07/2022 4:13 PM

