Page 28 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 28

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                                      3  Sistem JIT (Kaedah tepat pada masa)

                 Just In Time            (a)  Sistem JIT (Just In Time) yang berasal dari Jepun juga dikenali
                                             sebagai sistem inventori sifar.
          INFO
                                         (b)  Sistem ini digunakan untuk meminimumkan kos pegangan
                                             dengan hanya memesan inventori yang diperlukan sahaja dan
                                             menghantar bekalan kepada pelanggan pada masa yang tepat.

                                         (c)  Objektif pelaksanaan sistem JIT:
                                             (i)  Meminimumkan kos inventori agar dapat mengelakkan
                                                 pembaziran.
     BAB                                     (ii)  Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori.
    2                                        (iii)  Menambahbaik sistem pengeluaran secara berterusan dan
                                                 menjadikannya lebih fleksibel.
                                             (iv)  Menjimatkan masa pengurusan inventori.
                                         (d)  Ciri-ciri sistem JIT:
        Bagaimanakah JIT                     (i)  Pengekalan kualiti yang tinggi secara konsisten dan
        dilaksanakan?                            menyeluruh untuk melicinkan pengeluaran.
                                             (ii)  Mempunyai saiz lot yang kecil untuk mengurangkan
                                                 kitaran inventori, menjimatkan masa dan ruang di stor.
                                             (iii)  Masa penyediaan yang pendek. Kerja pemasangan boleh
                                                 dilakukan dengan cepat.
                                             (iv)  Mengutamakan hubungan baik dengan pembekal yang
                                                 dikenali dan dipercayai.
                                             (v)  Penjagaan mesin dan peralatan mestilah baik.
                  ’13, ’17                   (vi)  Pekerja dilatih melakukan kerja yang pelbagai dan
                                                 memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mereka.
                                             (vii) Mengamalkan susun atur peralatan berdasarkan keperluan
                                                 produk untuk mengurangkan kos pengendalian.



                                           2.5  Isu-isu Pengurusan

                                                  Pengeluaran Moden



          Hasil Pembelajaran        2.5.1  Standard Pengeluaran
         Menjelaskan maksud         Maksud Standard Pengeluaran
         standard pengeluaran dan
         ISO.                       Satu unit ukuran yang menunjukkan tingkat prestasi normal bagi operasi
                                    sesebuah industri dan boleh dinyatakan dalam jumlah masa per unit
                                    atau unit per jam atau hari. Standard juga merujuk kepada kriteria atau
                                    ukuran prestasi yang perlu dicapai oleh bahagian pengeluaran.






         46





   02 PraU Pnigan P1.indd   46                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33