Page 29 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 29

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

          Maksud ISO
          Badan yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang                  ISO 9000
          bertanggungjawab mewujudkan standard atau piawai di negara masing-
          masing.  Tujuannya  adalah  untuk  menggalakkan  pewujudan  piawai    INFO
          antarabangsa.

          Jenis-jenis Standard ISO

            1  ISO 9000
               (a)  ISO 9000 ialah satu piawai antarabangsa bertulis yang
                   menetap dan mentakrifkan elemen-elemen asas dalam sistem                              BAB
                   pengurusan kualiti sesebuah organisasi untuk memastikan
                   produk dan perkhidmatan sentiasa memenuhi kehendak                                   2
                   pelanggan.
               (b)  ISO adalah penting kerana dapat menghasilkan keseragaman
                   dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang lebih cekap,
                   berkesan, selamat, bersih, dan berkualiti. ISO ialah standard
                   bagi sistem kualiti. Ia bukan standard untuk produk atau
                   perkhidmatan yang dihasilkan.
               (c)  Kebanyakan syarikat pada masa kini menggunakan ISO 9000.
                   Pada peringkat awal kewujudan standard ini pada tahun 1987,
                   ia lebih kepada pematuhan pendokumenan prosedur. Namun,     Apakah hubungan ISO 9000
                   standard ini telah dikaji semula kesesuaiannya pada tahun   dan Pengurusan Kualiti
                                                                               Menyeluruh (TQM)?
                   1994 dan 2000. Akhirnya versi terbaharu ISO 9000: 2000
                   diwujudkan yang lebih menekankan kepada operasi asasnya,
                   proses-proses yang terlibat dan interaksi antara proses-proses
                   tersebut.
               (d)  Standard ini juga merangkumi penubuhan, pelaksanaan,
                   pengawalan, penyeliaan, pengukuran, dan menganalisis
                   data  untuk  pembaikan  proses  organisasi  bagi  mencapai
                   objektif  organisasi.  ISO  9001:  2000  telah  menggantikan
                   ISO  9001:  1994,  manakala  ISO  9002:  1994  dan  ISO  9003:
                   1994 telah dihentikan.
               (e)  Di Malaysia, terdapat banyak badan pensijilan seperti SIRIM,
                   QAS International Sdn. Bhd, Moody International Certification
                   (M) Sdn. Bhd, BSI Management System (Asean) Pte. Ltd. dan
                   sebagainya. Sijil ISO 9000 diberikan apabila organisasi tersebut
                   membuktikan proses yang dilaksanakan mengikut piawai yang
                   telah ditetapkan.
               (f)  Faedah ISO 9000:
                   (i)  Mengurangkan kesilapan sesuatu prosedur.
                   (ii)  Membolehkan  organisasi mengenal  pasti  tugas-tugas
                       dan memperincikan langkah-langkah serta menyediakan
                       prosedur, standard, dan garis panduan untuk membantu
                       staf mengetahui tugas yang perlu dilakukan.




                                                                                                  47





   02 PraU Pnigan P1.indd   47                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34