Page 35 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 35

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

             4  Contohnya, menggunakan robot, kenderaan automatif, dan mesin
               alih untuk menggerakkan bahan mentah dari satu stesen kerja ke
               stesen kerja yang lain.                                         Jelaskan kebaikan penggunaan
                                                                               Sistem Pembuatan Luwes.
             5  Sistem  Pembuatan  Luwes  ini  mampu  mengeluarkan  pelbagai
               produk yang berkualiti secara konsisten. Selain itu, masa penyediaan
               dan kos buruh dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan ramai
               tenaga kerja.

             6  Namun begitu, penggunaan sistem ini memerlukan perbelanjaan
               modal yang besar kerana peralatan dan mesin yang digunakan
               adalah mahal. Sistem ini juga memerlukan perancangan yang rapi                            BAB
               kerana adalah rumit untuk disediakan (set up).                                           2






           Rumusan



             1  Pengeluaran ialah proses mengubah input kepada output dengan menambahkan nilainya melibatkan aktiviti
               memproses bahan mentah kepada barang siap dan separuh siap.
             2  Proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi, dan output.
             3  Reka bentuk pengeluaran meliputi simplification, standardization, dan modular.

             4  Jenis-jenis pengeluaran terdiri daripada jenis mengikut tempahan, secara massa, dan secara berkelompok.
             5  Terdapat empat jenis susun atur kilang, iaitu susun atur secara tetap, proses, produk, dan selular.

             6  Kawalan kualiti ialah proses semakan produk atau perkhidmatan untuk memastikan ia mematuhi standard
               tertentu.
             7  Antara alat kawalan kualiti ialah kawalan proses secara statistik (SPC), analisis nilai tambah, carta kawalan,
               kajian kualiti/kos, pasukan penambahbaikan kualiti, dan penanda aras (benchmarking).
             8  Kaedah pengurusan inventori ialah EOQ, ROP, dan JIT.

             9  Pengurusan  Kualiti  Menyeluruh  (TQM)  ialah  proses  pengurusan  kualiti  menyeluruh  yang  berorientasikan
               pelanggan, berjalan secara berterusan, dan melibatkan semua aspek dalam organisasi.
            10  Konsep-konsep sistem pengeluaran termasuk merekayasa, CAD/CAM, CIM, dan Sistem Pembuatan Luwes.



















                                                                                                  53





   02 PraU Pnigan P1.indd   53                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40