Page 33 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 33

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

           2.5.3  Konsep-konsep Sistem Pengeluaran

           Merekayasa (Reengineering)                                           Hasil Pembelajaran
                                                                                Menghuraikan konsep
             1  Definisi:                                                       seperti merekayasa, CAD,
               Merekayasa ialah proses mereka bentuk semula proses-proses       CAM, CIM, dan Sistem
                                                                                Pembuatan Luwes dalam
               kerja yang kritikal dan struktur organisasi secara radikal untuk   sistem pengeluaran.
               meningkatkan kecekapan dan mencapai kemajuan lebih besar.

             2  Objektif:
               (a)  Mengenal pasti proses yang dapat meningkatkan kecekapan                              BAB
                   proses pengeluaran dan perkhidmatan kepada pelanggan.
               (b)  Mengurangkan aktiviti atau proses kerja yang tidak                                  2
                   mendatangkan hasil.
               (c)  Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta
                   berkualiti kepada pelanggan
               (d)  Meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan.

             3  Kebaikan:                                                             ’11
               (a)  Dapat memuaskan kehendak pelanggan iaitu pekerja memberi
                   fokus kepada keperluan pelanggan dalam membentuk proses
                   asas kerja.
               (b)  Meningkatkan kecekapan dengan mereka bentuk semula proses
                   asas kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan keuntungan
                   serta mengurangkan kos.
               (c)  Dapat mengubah pemikiran pengurus di mana pengurus dapat
                   membentuk semula proses perniagaan.



           Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD)/Pembuatan Berbantu
           Komputer (CAM)

             1  Definisi:                                                      Reka bentuk bantuan
               CAD ialah satu sistem perisian grafik komputer yang digunakan   komputer (CAD) – teknologi
               untuk  mereka  bentuk  dan  mengubah  suai  sesuatu  reka  bentuk   berkomputer bagi proses
               produk. CAM pula ialah penggunaan komputer dan teknologi        mereka bentuk sesuatu
                                                                               keluaran atau bangunan
               robotik dalam proses pengeluaran produk.                        menerusi lukisan teknikal dan
                                                                               lukisan kejuruteraan.
             2  Objektif CAD & CAM:
               (a)  Menjimatkan masa dan memastikan produk yang dihasilkan
                   adalah tepat.
               (b)  Memudahkan proses mereka bentuk, penyemakan dan
                   pengubahsuaian reka bentuk produk mengikut kehendak
                   pelanggan.






                                                                                                  51





   02 PraU Pnigan P1.indd   51                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38