Page 31 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 31

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

             2  ISO 9001
               Standard yang menentukan kualiti produk yang dihasilkan dan
               piawai yang merangkumi 20 aspek program kualiti termasuk reka
               bentuk pengeluaran, reka bentuk perkhidmatan, tanggungjawab
               pengurusan, sistem dokumentasi berkualiti, latihan dan
               pemuliharaan serta pertimbangan pembelian.

             3  ISO 9002
              Standard yang merangkumi aspek kualiti seperti dalam ISO
               9001 tetapi lebih mengkhusus pada penghasilan reka bentuk
               untuk pelanggan dan reka bentuk bagi tujuan pemasangan dan
               pengeluaran di lokasi lain.                                                               BAB

             4  ISO 9003                                                                                2
              Standard yang menekankan aspek pencegahan daripada pemulihan
               dan skopnya adalah terhad kepada satu-satu proses pengeluaran.

             5  ISO 9004
              Standard yang memberikan garis panduan mengenai taksiran
               terhadap kepiawaian kualiti produk bagi menjayakan sesuatu
               prosedur.
             6  ISO 9000:2000 yang diubah suai membolehkan firma menunjukkan
               bahawa mereka mengikut prosedur untuk latih pekerja menguji
               produk, menyimpan rekod, dan mengesan kecacatan produk. Untuk
               memperoleh sijil ISO, sesebuah syarikat mesti mendokumentasikan
               segala prosedur yang perlu diikuti oleh pekerja dalam setiap
               peringkat pengeluaran.

             7  ISO 14000  menghendaki  firma  membentuk  satu  pelan  sistem
               pengurusan  persekitaran  yang  menunjukkan  bagaimana  firma
               dapat menggunakan sumber bahan mentah dan menguruskan
               persekitaran.

           2.5.2  Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM-Total
                  Quality Management)

             1  TQM  adalah  proses  pengurusan  kualiti  yang berasaskan  kualiti   Hasil Pembelajaran
               dan berorientasikan pelanggan, penambahbaikan berterusan, dan    Menjelaskan maksud
               penglibatan semua pekerja dan proses dalam organisasi.           Pengurusan Kualiti
                                                                                Menyeluruh dan prinsip-
             2  Objektif TQM:                                                   prinsipnya.
               (a)  Memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan produk yang
                   lebih baik.
               (b)  Meningkatkan keberkesanan dengan menghasilkan output      TQM – satu proses
                   yang sentiasa tepat (right the first time).                transformasi budaya di mana
                                                                              ciri-ciri budaya yang telah sedia
               (c)  Menghasilkan output tanpa cacat (zero defect).            ada akan diubah suai serta
               (d)  Meningkatkan kualiti produk dengan harga yang kompetitif.  diperkukuhkan dengan ciri-ciri
                                                                              budaya baharu yang lebih baik.




                                                                                                  49





   02 PraU Pnigan P1.indd   49                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36