Page 30 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 30

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                                             (iii)  Mendokumentasikan secara tersusun amalan-amalan
                                                 pengurusan dan cara-cara bekerja yang boleh dijadikan
                                                 asas program latihan kepada staf serta asas bagi
                                                 penambahbaikan prestasi.
                                             (iv)  Membolehkan semua staf menjalankan tugas dengan baik
                                                 dan berkesan.

                                         (g)  Prinsip-prinsip ISO 9000:
                                             (i)  Standard hanya mengkhusus kepada pengurusan kualiti
                                                 yang diamalkan oleh organisasi.

     BAB                                     (ii)  Standard memerlukan organisasi mendokumenkan proses
                                                 kerja kritikal, patuh kepada proses, dan pembuktian
    2                                            kepada kepatuhan.
                                             (iii)  Standard menekankan kepada pencegahan berlakunya
                                                 sesuatu masalah dan ketidakpatuhan.
                                             (iv)  Standard bersifat umum dan mempunyai elemen asas
                                                 kualiti.
                                         (h)  Cara-cara mendapat ISO 9000:
                                             (i)  Pihak pengurusan perlu berusaha untuk mendapatkan ISO
                                                 9000 dengan mengutamakan kualiti dalam pengurusan
                                                 organisasi dan memastikan sumber adalah mencukupi
                                                 untuk melaksanakan ISO 9000.
                                             (ii)  Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan ISO 9000.
                                             (iii)  Membentuk pasukan pelaksana yang terdiri daripada
                                                 wakil-wakil semua jabatan dan memberi latihan kepada
                                                 mereka tentang penulisan manual prosedur serta strategi
                                                 pelaksanaan ISO 9000.
                                             (iv)  Menjalankan analisis jurang perbezaan (gap analysis)
                                                 untuk mengenal pasti sama ada  amalan harian dan
                                                 prosedur yang dilaksanakan dalam organisasi menetapi
                                                 keperluan.
                                             (v)  Menyediakan dokumen ISO 9000 berdasarkan standard
                                                 ISO yang dipilih seperti manual prosedur kerja, fail meja,
                                                 arahan kerja dan dokumen lain yang membolehkan
                                                 pengauditan dijalankan.
                                             (vi)  Melaksanakan ISO 9000. Audit dalaman perlu dijalankan
                                                 terlebih dahulu di setiap jabatan mengikut jadual mereka
                                                 sendiri untuk mengenal pasti kelemahan yang ada.
                                             (vii) Pengiktirafan dan pensijilan. Setelah peringkat persediaan
                                                 tamat, biasanya dalam tempoh empat bulan hingga
                                                 setahun, permohonan boleh kepada badan pensijilan
                                                 seperti  SIRIM  untuk  mendapatkan pengiktirafan.  Sijil
                                                 pendaftaran ISO akan diberikan jika organisasi mematuhi
                                                 keperluan standard sistem kualiti yang telah ditetapkan.




         48





   02 PraU Pnigan P1.indd   48                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35