Page 34 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 34

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                                      3  Kebaikan CAD dan CAM:
                                         (a)  CAD memendekkan masa untuk mereka bentuk produk yang
                                             baharu.
                                         (b)  CAD memudahkan penyemakan dan pengubahsuaian
                                             dilakukan kerana reka bentuk sesuatu produk disimpan dalam
        Apakah kaitan antara CAD             satu pangkalan data untuk rujukan.
        dengan CAM?
                                         (c)  CAD membaiki teknologi pengeluaran dan meningkatkan
                                             produktiviti.
                                         (d)  CAM dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh
                                             untuk menjalankan proses pengeluaran kerana robot boleh
     BAB                                     digunakan.
    2                                    (e)  Menjamin kualiti produk dan meningkatkan keuntungan
                                             perniagaan.



                                    Pembuatan Berbantu Komputer Bersepadu (CIM)
                                      1  CIM (computer  integrated  manufacturing) ialah penggunaan
                                         komputer untuk mengawal robot dan juga pengaliran bahan dan
                                         bekalan dalam proses pengeluaran barang. Ia juga dikenali sebagai
                                         penggabungan semua pengeluaran yang berkaitan dengan aktiviti
                                         perniagaan melalui sistem komputer.

                                      2  Ia merupakan gabungan antara CAD dengan CAM.
                                      3  Kebaikan CIM ialah memberikan firma kelebihan dalam persaingan
                                         dengan bergantung pada kepantasan, fleksibel, kualiti, dan kos yang
                                         rendah.



                                    Sistem Pembuatan Luwes (Flexible Manufacturing System)
        Sistem Pembuatan Luwes
        – satu sistem yang terdiri
        daripada beberapa komputer     1  Sistem Pembuatan Luwes ialah satu sistem automasi yang terdiri
        yang mengawal mesin dalam        daripada  beberapa  komputer  yang  mengawal  mesin-mesin
        operasi pengeluaran.
                                         pengeluaran secara automatik.
                                      2  Komputer-komputer tersebut dikawal oleh satu komputer pusat
                                         yang berfungsi untuk menyelaraskan operasi pengeluaran secara
                                         keseluruhan.
                                      3  Terdapat satu sistem  pengangkutan automatik  yang akan
                                         menggerakkan bahan mentah antara mesin dari beberapa stesen
                                         kerja (work stations).











         52





   02 PraU Pnigan P1.indd   52                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39