Page 32 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 32

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

          Galeri Info                 3  Latar belakang TQM:
                                         (a)  Konsep TQM telah mula diperkenalkan di Amerika Syarikat
        TQM mula diperkenalkan               oleh W.A. Shewhart sejak tahun 1920-an lagi apabila carta
        pada tahun 1920-an dan mula
        digunakan dalam pengawalan           kawalan  statistik  digunakan  untuk  mengawal  kualiti  proses
        kilang-kilang di Amerika             pengeluaran di kilang-kilang.
        Syarikat.
                                         (b)  Konsep ini kemudian telah dibawa ke Jepun dan mendapat
                                             sambutan dalam kalangan pengurus Jepun untuk
                                             membangunkan industri mereka selepas Perang Dunia Kedua.
        Prinsip-prinsip TQM:
        •  Proses penambahbaikan         (c)  Mulai tahun 1980-an, konsep TQM mula berkembang pesat
          kualiti yang berterusan            di  seluruh  dunia  setelah  terbukti  dapat  membantu  ke  arah
        •  Pengurusan kualiti                kecemerlangan prestasi organisasi melalui penjimatan kos,
     BAB  menyeluruh
        •  Mengutamakan tindakan             peningkatan kecekapan operasi, dan menghasilkan produk
    2     strategik                          yang menepati kehendak pelanggan.
        •  Kecacatan sifar               (d)  Konsep ini telah diamalkan dengan jayanya oleh Toyota Motors
        •  Menekankan tindakan
          pencegahan                         di Jepun.
        •  Memfokuskan kepada
          pelanggan                   4  Prinsip-prinsip TQM:
        •  Pendekatan kerja              (a)  Proses penambahbaikan kualiti yang berterusan melalui
          berpasukan.
                                             semakan dan pemantauan proses kualiti.
                                         (b)  Penglibatan menyeluruh dalam organisasi para pekerja
                                             dan pengurus bekerjasama untuk menjayakan usaha-usaha
                                             peningkatan kualiti.
                     ’14                 (c)  Pihak pengurusan memberi autoriti kepada pekerja untuk
                                             membuat keputusan.
                                         (d)  Pihak pengurusan menjadi contoh amalan berkualiti kepada
                                             pekerja.
                                         (e)  Menekankan tindakan pencegahan dengan memperbaiki
                                             proses  kerja  supaya  kesilapan atau kecacatan  produk  dapat
                                             dikawal.
                                         (f)  Memfokuskan kepada kehendak pelanggan agar dapat
                                             memenuhi keperluan pelanggan.
                                         (g)  Menyelesaikan masalah secara sistematik supaya tidak
                                             berterusan dan mengganggu operasi organisasi. Pendekatan
                                             kerja berpasukan  daripada  pihak  pengurusan  dan pekerja
                                             adalah penting untuk menyelesaikan masalah.
                                      5  Kebaikan TQM:
                 Pengenalan dan
                 Pelaksanaan             (a)  Peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan serta
                 Pengurusan                  produktiviti organisasi.
          INFO   Kualiti                 (b)  Peningkatan reputasi organisasi kerana mendapat keyakinan
                 Menyeluruh                  daripada pelanggan yang berpuas hati terhadap kualiti produk.
                 (TQM)
                                         (c)  Pengurangan kos operasi dan peningkatan kecekapan
                                             pengurusan organisasi.
                                         (d)  Peningkatan daya saing dan keupayaan menguasai pasaran
                                             dengan lebih efektif.
                                         (e)  Komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan
                                             kakitangan untuk mencapai matlamat organisasi.





         50





   02 PraU Pnigan P1.indd   50                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37