Page 9 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 9

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                 2.1  Skop dan Proses Pengeluaran



           2.1.1  Peranan

           Definisi

             1  Pengeluaran ialah proses mengubah input kepada output dengan    Hasil Pembelajaran
               menambahkan nilainya, melibatkan aktiviti memproses bahan
               mentah kepada barang siap dan separuh siap.                      Mentafsirkan pengeluaran /
                                                                                operasi (termasuk servis)
             2  Pengeluaran ialah aktiviti penghasilan barang dan perkhidmatan.  dan peranannya.         BAB
             3  Pengurusan pengeluaran melibatkan perancangan, organisasi,                              2
               kepimpinan,  dan  kawalan  segala  aktiviti berkaitan  dengan
               penghasilan barang dan perkhidmatan untuk memastikan proses            ’18
               pengeluaran berlaku secara sistematik.
             4  Kepentingan pengurusan pengeluaran
               (a)  Pengurusan pengeluaran membolehkan pengeluaran
                   dijalankan dengan lebih berkesan dengan meminimumkan
                   kos pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
               (b)  Memastikan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut
                   kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
               (c)  Memastikan proses pengeluaran berjalan mengikut jadual dan
                   barang serta perkhidmatan dihasilkan pada masa yang telah
                   ditetapkan.
               (d)  Mengawal input bahan mentah, buruh, mesin, dan peralatan
                   agar digunakan secara optimum.

           2.1.2  Evolusi

           Evolusi Pengeluaran
             1  Pengurusan pengeluaran telah bermula dan berkembang dengan      Hasil Pembelajaran
               pesat sejak Revolusi Industri di Eropah sekitar tahun 1760-an.
                                                                                Menjelaskan evolusi
             2  Pengkhususan kerja yang dikemukakan oleh Adam Smith pada        pengeluaran bermula
               tahun 1776 telah dipraktikkan di kilang-kilang dan menyebabkan   dengan revolusi industri,
               kelahiran buruh-buruh mahir serta pengeluaran secara besar-      pendekatan saintifik,
                                                                                hubungan manusia,
               besaran.                                                         penyelidikan operasi, kualiti,
                                                                                globalisasi, dan revolusi
             3  Pengurusan secara saintifik yang telah diperkenalkan pada tahun   Teknologi Maklumat dan
               1911 oleh Frederick W. Taylor telah menetapkan satu piawaian     Komunikasi (ICT).
               untuk pekerja bagi melakukan setiap kerja.

             4  Pengurusan berbentuk gelagat telah diperkenalkan oleh Elton Mayo,
               Maslow dan McGregor sekitar tahun 1930-an yang menekankan
               hubungan manusia dengan pengurusan.
             5  Pengurusan pengeluaran sebelum 1935 berfokus kepada peningkatan
               produktiviti pengeluaran, tetapi mulai tahun 1935, penekanan telah
               diberi terhadap kualiti dalam proses pengeluaran.



                                                                                                  27





   02 PraU Pnigan P1.indd   27                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14