Page 10 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 10

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

          Galeri Info                 6  Kualiti telah diperkenalkan pada tahun 1980-an oleh pengilang
                                         Jepun di mana tumpuan pengurusan telah beralih kepada kualiti,
        Konsep Kaizen bermaksud          fleksibiliti, dan kepentingan pelanggan.
        penambahbaikan berdikit-
        dikit yang berterusan.        7  Kualiti dalam produktiviti diberi penekanan terutamanya aplikasi
        Konsep ini menggalakkan
        penambahbaikan yang              robotik serta CAD dan CAM dalam pengeluaran.
        berterusan dan tidak
        berkesudahan yang melibatkan     8  Orang-orang  Jepun  mengubah  falsafah  pengeluaran  orang
        semua orang, iaitu daripada      Amerika dengan mengutamakan kualiti dan  bukan  kuantiti.
        pengurusan atasan sehingga
        ke peringkat pekerja bawahan.    Mereka menggantikan pengeluaran besar-besaran (massa) dengan
                                         pengeluaran  kecil-kecilan yang  mengutamakan fleksibiliti  dan
     BAB                                 kepentingan pelanggan.
    2                                 9  Teknik-teknik pengeluaran moden seperti JIT, sistem pembuatan
                                         fleksibel, pengeluaran condong (lean production), TQM, dan Kaizen
                                         menjadi semakin penting di Jepun dan telah juga mengubah
                                         proses pengeluaran di Amerika. Teknik-teknik moden ini telah
                                         merevolusikan proses pengeluaran.

                                     10  Dalam era globalisasi, penggunaan komputer semakin penting
                                         kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan produktiviti,
                                         kualiti, dan mengurangkan kos.
                                     11  Teknologi komputer yang baharu juga mempengaruhi reka bentuk
                                         produk, membolehkan pengeluaran dalam pelbagai bentuk dan saiz
                                         yang berlainan, serta memberikan pengguna pilihan yang banyak.
                                     12  Penggunaan teknologi kini juga mempercepatkan proses
                                         pengeluaran terutamanya dengan penggunaan robotik dan jentera.
                                     13  Segala proses dalam pengeluaran yang bermula dengan pesanan
                                         pelanggan sehingga peringkat kawalan inventori dan kualiti menjadi
                                         lebih produktif dengan penggunaan robot dan komputer.


                                    2.1.3  Cabaran

                                      1  Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran
                                         (a)  Cabaran teknologi baharu
                                             Pengurus perlu mewujudkan kaedah baharu dalam pengeluaran
                                             yang boleh meningkatkan kecekapan operasi. Pengurus
                                             perlu menggantikan mesin lama dengan mesin baharu yang
                                             berteknologi terkini.
                                         (b)  Penekanan kepada proses pengeluaran produk yang berkualiti
                   ’14, ’18                  Pengurus perlu memastikan produk yang dikeluarkan
                                             mengikut piawaian industri / antarabangsa, berkualiti dan
                                             selamat. Walau bagaimanapun, penghasilan produk berkualiti
                                             boleh meningkatkan kos pengeluaran. Pengurus pengeluaran
                                             juga terpaksa membeli mesin baharu untuk kualiti produk
                                             yang dikeluarkan.




         28





   02 PraU Pnigan P1.indd   28                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15