Page 13 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 13

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

          Subsistem Pengeluaran
            1  Dalam sistem pengeluaran, terdapat sistem-sistem yang lebih kecil   Subsistem pengeluaran –
               yang dikenali sebagai subsistem seperti subsistem pembelian,   sistem pengeluaran yang lebih
               inventori, logistik, kawalan kualiti, dan sebagainya.          kecil.
            2  Setiap subsistem mempunyai objektif yang lebih sempit. Oleh
               itu, pengurus harus memastikan hubungan antara subsistem
               diselaraskan dan objektif subsistem adalah selari dengan matlamat
               keseluruhan organisasi.

            3  Contohnya, bahagian kewangan ingin memegang inventori
               yang minimum, manakala bahagian jualan ingin menyimpan                                    BAB
               inventori yang banyak. Kewujudan percanggahan objektif ini akan                          2
               menyebabkan sesebuah firma tidak dapat beroperasi pada tingkat
               yang optimum.



                 2.2  Perancangan Pengeluaran



          2.2.1  Reka Bentuk Pengeluaran

          Reka bentuk pengeluaran berkaitan dengan bagaimana sesuatu produk     Hasil Pembelajaran
          dihasilkan. Reka bentuk pengeluaran terdiri daripada  simplification,   Menjelaskan reka
          standardization, dan modular.                                         bentuk pengeluaran
                                                                                merangkumi simplification,
          Simplification                                                        standardization, dan
                                                                                modular.
            1  Simplification berkaitan dengan usaha syarikat menggabung/
               mengurangkan beberapa langkah dalam proses pengeluaran untuk
               menjadikannya lebih mudah dan menjimatkan masa. Contohnya
               pengeluar kereta tidak  lagi  menghasilkan  pintu  kereta sendiri,
               sebaliknya akan mendapatkan pintu kereta yang telah siap untuk
               dipasang pada kereta.

          Standardization

            1  Standardization merupakan proses pengeluaran yang menghasilkan
               produk seragam dengan mematuhi satu standard pengeluaran dari
               aspek kuantiti, kualiti, warna, dan sebagainya.
            2  Standardization membolehkan penggunaan bahagian pemasangan
               sedia ada, standard atau boleh ditukar ganti dalam kalangan
               produk dengan tujuan mengurangkan tahap inventori, kos dan
               masa latihan, memudahkan prosedur pembelian dan pengendalian
               bahan.
            3  Kebaikan standardization ialah menjimatkan masa, mengeluarkan
               produk yang lebih berkualiti, serta tenaga kerja dan peralatan
               digunakan lebih baik.




                                                                                                  31





   02 PraU Pnigan P1.indd   31                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18