Page 11 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 11

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

               (c)  Kekurangan sumber
                   Pengurus perlu memastikan bahan mentah, sumber manusia,
                   dan kewangan adalah digunakan dengan optimum untuk
                   mengelakkan pembaziran.
               (d)  Kesedaran pihak luar tentang kepentingan alam sekitar
                   Pengurus perlu sedar kepekaan pihak luar seperti kerajaan
                   dan masyarakat tentang kebersihan alam sekitar. Oleh itu,
                   pengurus pengeluaran harus memastikan sisa pengeluaran
                   dibuang di tempat yang ditetapkan.


                                                                                                         BAB
           2.1.4  Perkaitan dengan Jabatan Lain                                                         2


             1  Hubungan antara Jabatan Pengeluaran, Jabatan Pemasaran, Jabatan
               Kewangan, dan Jabatan Sumber Manusia adalah seperti yang
               berikut:


                                  Jabatan Pengeluaran                                 ’16









                      Jabatan                 Jabatan      Jabatan Sumber
                    Pemasaran                Kewangan         Manusia
                                                                                Hasil Pembelajaran

                                                                                •  Menjelaskan proses
                                                                                 pengeluaran merangkumi
            •  Mewujudkan permintaan terhadap   Membekalkan   Merekrut dan       input, proses
              produk dan perkhidmatan dengan   modal dan    melatih pekerja      transformasi, dan output.
              mendapat tempahan produk    belanjawan untuk   yang diperlukan    •  Menjelaskan sistem dan
              daripada pelanggan.         membeli input     untuk proses         subsistem pengeluaran.
            •  Memberi maklum balas tentang   pengeluaran dan   pengeluaran.
              kehendak pengguna dengan    menanggung kos
              menjalankan penyelidikan    pengeluaran.
              pemasaran dan menyalurkan
              maklumat kepada jabatan
              pengeluaran untuk membina produk
              serta  membuat  penambahbaikan.
            •  Menjalankan promosi dan
              memasarkan produk.



             Rajah 2.1  Hubungan antara Jabatan Pengeluaran, Jabatan Pemasaran, Jabatan
                           Kewangan, dan Jabatan Sumber Manusia.









                                                                                                  29





   02 PraU Pnigan P1.indd   29                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16