Page 14 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 14
Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
4 Walau bagaimanapun, teknik ini mengehadkan pilihan dan
bertentangan dengan konsep pemasaran. Teknik ini cenderung
menguntungkan syarikat-syarikat yang besar sahaja.
5 Dalam teknik ini, standard yang ditetapkan sukar diubah dan
boleh menjadi halangan kepada kemajuan sesebuah syarikat serta
sukar untuk memperkenalkan model baharu kerana kekurangan
fleksibiliti dalam pengeluaran dan kos peralatan yang tinggi.
Modular
1 Dalam teknik ini, pengeluar akan membahagikan sistem pengeluaran
BAB kepada beberapa bahagian yang lebih kecil dengan menggunakan
2 sistem yang berbeza.
2 Bahagian produk atau komponen boleh ditukarganti dengan
mudah dan memberi fleksibiliti dalam pengeluaran dan pemasaran.
Contohnya, Harley Davidson menggunakan beberapa enjin, casis,
tangki gas untuk menghasilkan pelbagai jenis motosikal.
3 Konsep yang sama juga diamalkan dalam industri makanan segera
seperti McDonalds, dan Burger King yang menggunakan beberapa
modul (keju, lettuce bun) untuk menghasilkan pelbagai jenis
makanan.
4 Konsep pengeluaran ini mementingkan aspek kelenturan dan kualiti
dalam proses pengeluaran.
2.2.2 Jenis-jenis Pengeluaran
Mengikut Tempahan
Hasil Pembelajaran
1 Pengeluaran ini melibatkan penghasilan produk spesifik yang
Menjelaskan jenis
pengeluaran mengikut mengikut tempahan pengguna dalam kuantiti yang kecil. Produk
tempahan, secara massa, yang dikeluarkan adalah unik, mempunyai nilai tinggi, dan
dan secara berkelompok. melibatkan tempoh yang tidak menentu.
2 Pengeluaran produk ini juga memerlukan modal yang besar kerana
melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan
teknologi yang canggih. Contohnya, projek pembinaan kapal,
Jenis-jenis pengeluaran:
• Mengikut tempahan/Projek pelabuhan, lapangan terbang, dan projek pembangunan MSC.
• Secara massa
• Secara berkelompok Secara Massa
1 Pengeluaran ini menghasilkan sejumlah produk yang seragam dan
mempunyai permintaan yang stabil secara besar-besaran mengikut
kehendak pasaran.
2 Contoh pengeluaran jenis ini ialah pengeluaran barangan elektronik,
makanan, dan produk pengguna.
3 Kos per unit pengeluaran adalah rendah kerana pengeluaran secara
besar-besaran. Pengeluaran produk ini adalah secara berterusan,
berjadual, serta berulangan, dan melibatkan volum banyak.
32
02 PraU Pnigan P1.indd 32 06/07/2022 4:13 PM

