Page 12 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 12

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

          Hasil Pembelajaran        2.1.5  Proses Pengeluaran

         Menjelaskan hubungan
         jabatan pengeluaran        Proses pengeluaran terdiri daripada sistem pengeluaran dan subsistem
         dengan jabatan pemasaran,   pengeluaran.
         kewangan, dan sumber
         manusia.
                                    Sistem Pengeluaran

                                      1  Sistem  pengeluaran  ialah  satu  set  pembolehubah  yang  saling
                                         berinteraksi untuk mencapai sesuatu objektif.

                                      2  Komponen proses pengeluaran terdiri daripada:
     BAB                                 (a)  Input
    2                                        Sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran.

                                         (b)  Proses transformasi
                                             Merujuk kepada aktiviti mengubah input kepada output.

                                         (c)  Output
                                             Hasil pengeluaran sama ada produk siap atau separuh siap.

                                         (d)  Maklum balas
                                             Penyampaian maklumat tentang hasil keluaran disampaikan
                                             pada peringkat input dan transformasi seperti kualiti dan reka
                                             bentuk produk.
                                      3  Fungsi pengeluaran merupakan satu sistem yang mentransformasikan
                                         input kepada output. Bagi memastikan sesuatu sistem berfungsi
                                         dengan baik, maklum balas daripada pengguna adalah penting.
                   ’15, ’17           4  Sistem pengeluaran melibatkan pelbagai sistem lain yang
                                         mempengaruhi proses pengeluaran seperti sistem pemasaran,
                                         kewangan,  kawalan  inventori,  pengurusan  kualiti,  dan
                                         sebagainya.



                   Input                         Transformasi                       Output













                                                Maklum balas

                                          Rajah 2.2  Sistem pengeluaran







         30





   02 PraU Pnigan P1.indd   30                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17