Page 16 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 16

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                         4       Kegunaan Pokok Pisang
               Model Lestari UPSR
                                 UPSR
           Peta buih di bawah ini menunjukkan kegunaan pokok pisang.
           Tulis ulasan tentang pelbagai kegunaan pokok pisang dalam bentuk perenggan.
































               M  odel  J awapan
               Model Jawapan


           Pokok pisang merupakan sejenis tanaman yang banyak kegunaannya. Pelbagai hasil daripada
           pokok pisang boleh dimanfaatkan. Misalnya, daun pisang dapat dijadikan pembalut makanan
           seperti  nasi  lemak  dan  ikan  bakar.  Jantung  pisang  pula  dapat  dijadikan  ulam  atau  kerabu
           sebagai hidangan tengah hari yang enak.

                Selain  itu,  buah  pisang  yang  sudah  tua  boleh  dijadikan  kerepek,  manakala  buah  pisang
           yang  sudah  masak  boleh  digoreng  atau  dijadikan  pencuci	 mulut	 selepas  makan.  Seterusnya,
           batang pisang pula dapat dijadikan tali dan rakit untuk menyeberangi sungai yang tohor airnya.
           Dalam pada itu, buah pisang merupakan antara hasil pertanian yang mendapat sambutan yang
           menggalakkan daripada orang ramai dan harganya juga berpatutan.
                Kesimpulannya,  produk  yang  dihasilkan  oleh  pokok  pisang  atau  buah  pisang  mampu
           menjana pendapatan para petani, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga.





             tohor – tidak dalam
             pencuci	mulut	– benda manis yang dimakan selepas makan nasi





              56






      BAHAGIAN B.indd   56                                                                           11/10/16   4:30 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21