Page 32 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 32
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
20
UPSR
Model Lestari UPSR Alat Pemadam Api
Peta alir di bawah ini menunjukkan cara-cara menggunakan alat pemadam api.
Tulis ulasan tentang cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dalam bentuk
perenggan.
CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API
Tanggalkan alat keselamatan Halakan muncung alat
daripada pemadam api pemadam api ke pangkal api
Tekan bahagian atas alat Semburkan ke arah api
pemadam menggunakan kaedah
menyapu
Setelah api dipadamkan, buka
semua tingkap rumah untuk
membolehkan udara segar masuk
M odel J awapan
Model Jawapan
Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran kecil. Namun
begitu, pastikan kita menggunakannya dengan betul. Pertama, tanggalkan alat keselamatan
yang dilengkapkan daripada pemadam api. Alat ini dipasang untuk mengelakkan alat pemadam
api daripada digunakan secara tidak sengaja.
Seterusnya, halakan muncung alat pemadam api ke pangkal api. Pastikan anda berada pada
jarak yang betul semasa memadamkan api. Kemudian, tekan bahagian atas alat pemadam api
dan semburkan ke arah api menggunakan kaedah menyapu. Apabila api sudah dipadamkan,
anda dikehendaki membuka semua pintu dan tingkap rumah untuk membolehkan udara segar
masuk.
Kesimpulannya, alat pemadam api haruslah digunakan dengan betul supaya tidak
memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Malang tak berbau, sama-samalah kita menjaga
keselamatan.
Kamus
pangkal – bahagian permulaan sesuatu benda;
bahan malang tak berbau – musibah yang terjadi
dengan tiba-tiba
memudaratkan – membahayakan
72
BAHAGIAN B.indd 72 11/10/16 4:30 PM

